BRACES ? NAK BUAT ATAU TAK ?
Dulu bila tengok orang pakai braces rasa seriau sangat tapi bila tengok orang sekeliling aku yang dah cabut braces,gigi dorang dah tersusun cantik dan senyuman pun makin menawan haha kita pula insecure dengan diri sendiri, tambah lagi kawan kawan aku pun ramai yang gigi jenis teratur dan cantik je bila senyum nampak gigi,lepas tu kita pula rasa macam "eh nak lah buat" . Tapi tak mampu pula sebab mostly depo RM 1k ++ tambah lagi kita pun takut dengan doc gigi haha . Tapi kalau takut dengan doktor gigi macam mana nak buat braces nie ? Nie lah nak cerita apa yang buat kita dah tak takut doktor gigi haha
Dijadikan cerita gigi geraham aku berlobang besar dan sakit ya amatttt nak tak nak kena lah jumpa doc gigi ,gigi aku tak boleh tampal,kena cabut sebab dah berlubang besar,tunggu hari nak cabut pun seriau terukk sampai ganggu emosi seharian . Ditakdirkan masa hari nak cabut tu tetiba kena minor surgery sebab gigi dah melekat dengan tulang . Ya Tuhannn istghfar banyak banyak masa tu . Masa tu fikir habislah malam nie aku tak boleh tidur malam, doc pun dah pesan siap siap habis bius nie akan sakit so dia pun memang bagi pain killer , habis je biuss fuhhhhh tak lah sakit mana hahahaha , bearable lah sakit tu just sakit rasa denyut denyut je . sakit dia 1/10 je,tak lah macam digembar gemburkan orang (bagi aku sakit gigi lagi sakit haha) . After surgery kena jahit, tapi masa nak buka jahitan pun 0/10 sakit , senang kata no pain ! so lepas dari tu lah dah tak takut dengan doc gigi hehe . Actually tahap kesakitan tu depends on tahap sensitiviti gigi dan gusi kita. Kalau gusi orang jenis sensitif maybe dia akan rasa sakit , depends orang sebenarnya .
Kalau ada sesiapa ada masalah gigi pergi lah cepat jumpa dentist untuk cabut/tampal,Macam kes aku tangguh lama sangat tu yang sampai gigi melekat dengan tulang . Kes macam tu dah memang kena surgery , so jangan takut doc gigi . Lagi bagus pergi secepat yang mungkin untuk tampal gigi berlubang, lagi bagus tak payah cabut . Pilih lah nak gigi kena cabut atau tampal ? (kalau gigi masih boleh diselamatkan ) tak sakit pun cabut, lepas cabut tu pun lagi cepat baik dari kena surgery sebab ambil masa 1 week nak baik . Take time nak sembuh dari cabut biasa . Kalau sakit after cabut makan je pain killer.Ikutkan kalau aku cepat jumpa doc memang aku tak perlu cabut / minor sugery memang boleh tampal je tapi sebab nak dekat half year or 1y aku biarkan keadaan gigi macam tu , begitulah kesudahannya huhu
Lepas dari gigi geraham aku kena cabut tu aku makin alert lah sikit pasal penjagaan gigi dengan baik . Doc pun pesan gigi geraham dah tak ada , ada satu je lagi , kena jaga baik baik kalau tak macam mana nak mengunyah kan ? sekarang pun mengunyah guna gigi geraham blah kiri je . sobs sobs . So tahun nie ada duit sikit aku pergi buat scalling dekat klinik yang sama .
Masa tengah buat scalling tu lah aku diberitahu pasal promo braces, deposit sebanyak RM 300.00 sahaja !!! murah kan ?At first doc cakap kalau awak nak pasang braces untuk gigi jarang blah bawah sahaja pun boleh tapiii ha ada tapinya tu haha doc kata tapii kalau awak nak cantik awak pakai braces atas bawah,tapiiiii (lagi tapiii haha ) awak kena cabut 4 batang gigi!! 2 gigi taring atas , 2 gigi taring bawah . So aku pun macam haa sudahhhh. Bulan pertama pakai atas sahaja dulu , next month pakai bawah pula dan macam kes aku kena cabut gigi so second month tu pasang braces bawah pula dan cabut gigi . Aku tanya doc boleh ke pasang braces dulu baru cabut ? Doc kata boleh je sebab bila pakai braces gigi dah longgar sikit dan lagi senang cabut dan kurang sakit. Oh ya depo Rm 300.00 termasuk cabut sekali . Tak termasuk xray tau , xray kalau nak buat kena klinik lain. Bulan bulan bayar Rm 200.00 sahaja. Lepas tu ada beberapa T&S nya . Antaranya kalau miss appointment bulan seterusnya:-
Contoh appointment bulan 9 tapi bulan 9 tak datang , bulan 10 baru datang so kau kena bayar lump sump bulan yang kau tak datang tu means bulan 10 tu kena bayar RM 400 . Begitulah apa yang aku faham antara salah satu syaratnya hehe .Iya lah depo dah murah mesti lah akan ada T&S dari pihak klinik . Tambah lagi harga promosi bukan harga sebenar.
Balik rumah aku terus cari info pasal braces , ada klinik dentist prefer pakai braces atas bawah terus , ada juga klinik macam klinik aku pergi nie lah pasang braces atas dulu,next month baru bawah , aku okey je pasang atas dulu so kurang sengsaranya (maybeeeee) hahaha .Ada klinik prefer cabut gigi dulu baru pasang braces dan ada klinik prefer pakai braces dulu baru cabut gigi (ini kes patient kena cabut lah) . So prosedur dan proses depends pada setiap dentis di setiap klinik yang berbeza .
Masa aku cari info pasal braces nie lah buat aku lagi berbelah bahagi nak pakai braces atau tak selepas baca beberapa kes.
Meh sini aku cerita sikit kes atau isu yang aku baca
KES/ISU:-
1) Sebelum pakai braces doc kata tak perlu cabut gigi tiber masa dah beberapa bulan pakai, gigi patient terkedepan dan doc kata kena cabut gigi ( Aku takut tiber gigi aku ada kena cabut lagi )
2) Patient kena pakai fix retainer seumur hidup , jenis retainer ikat tak boleh buka sampai bila bila,ssebelum buat braces doc tak bagi tahu pun pasal patient kena guna fix retainer apa semua ,patient pun masa awal awal tahu dia agak terkejut dan agak sedih .
3) Gigi jarang then pakai braces tapi gigi tak rapat rapat , tiberr doc kata kena tambah gigi (bridge atau pasang crown something like that , aku concern bab nie sebab aku ada gigi yang jarang)
So disebabkan isu isu macam tu buat aku fikir balik nak ke tak pasang braces nie sebab macam banyak sangat kesnya sampai patient pun terkejut,ingat pakai braces lepas tu setel lah masalah rupanya ada isu lain pula ,memang ada antara patient menyesal pakai braces sebab banyak kos extra kena tanggung. So disebabkan beberapa kes tu aku jumpa dengan doktor semula hari nie untuk tanya lebih lanjut pasal braces ,rawatan dan kos untuk kes gigi aku nie .
Antara soalan aku tanya doc hari nie :-
Kena pakai retainer 24jam/fix retainer seumur hidup atau tak ?
Lepas kena cabut nanti akan ada gigi kena cabut lagi ?
Kes aku perlu xray atau tak ?
Gigi jarang aku nie probably kena tambah gigi ke ?
Berapa lama anggaran/tahun aku kena pakai braces?
Faktor umur main peranan ke dalam kepantasan gigi nak rapat ? haha
Retainer jenis macam mana akan dipakaikan nanti ?
Aku tanya doctor soalan nie semua untuk aku tak menyesal dikemudian hari bila pakai braces nanti. Bila dah dengar jawapan dari doctor tadi aku setuju untuk pakai braces . Alhamdulillah ikutkan kes gigi aku nie tak ada extra caj, harga sama dalam pakej tempoh rawatan pemakaian braces sampai lah ke pengunaan retainer. Nanti aku share di entry seterusnya jawapan dari doctor berkenaan soalan soalan aku tadi dan kenapa aku bersetuju untuk pakai . So sesiapa nak pakai braces tu make sure tanya soalan soalan yang korang perlu tahu dan nak tahu , jangan takut nak tanya sebab kita tak nak menyesal dipertengahan masa dah pakai braces nanti hehe
3 August 2020
Monday
10.29PM
Comments
Post a Comment