BULAN KEDUA PART 2 | BRACKET TERCABUT!
Hyeeeee. Sebelum aku nak bercerita pasal braket tercabut,nak share cerita lain dulu,pengalaman berperang dengan ulcer.Entri lepas aku ada cerita pasal ulcer kan? aku kena berperang ,menderita dan terseksa selama 2 minggu lebih dengan ulcer . Sakit ulcer tu sampai kena telan pain killer . Im cryingg!!
Ulcer depan bibir dan ulcer dekat 2 tempat cabutan gigi atas (yes memang ulcer sebab dentis suruh pantau kan so in mean time rasa sakit makin kurang so aku yakin lah yang tu bukan infection tetapi ulcer seperti yang dentist katakan so trust u dentist haha )Ubat ulcer dan oradex pun dah pakai but nak sembuh tu rasa take longgggg timeeeee sangattttt. Sakit sebab braces tak sangat tapi sakit sebab isu lain yang buat ku menderita haha seriously terseksa rasanya bulan kedua nie ,paling sakit masa makan dan gosok gigi lepastu susah nak mengunyah sebab gigi tak ada (nak adapt cara gigitan baru memang take time) pastu SEMALAM bracket pula tercabut. Ottokeee ??
Apa pun lepas 2 minggu lebih semua penderitaan ku berakhir. Syukur!!! Gigi depan je tak boleh gigit makanan kuat kuat,rasa sakit sikit tapi okey je boleh je makan macam biasa, tu yang sampai tercabut braket hook sis haha.
Rubber band aku bulan nie seperti sedia maklum aku pakai warna grey,beberapa hari lepas aku makan burger baru mcd yang ada sos honey mustard tu dan aku minum teh ais yang mana aku tak minum pun selama hari nie teh ais,entah tetiba teringin pula nak minum,dua dua tu aku makan dan minum pada hari yang sama tak silap,malam tu aku perasan rubber band aku dah bertukar warna jadi kekuningan hahahaah astu makan lauk kenduri , makan lauk masak lemak dan lauk kari, balik tu aku perasan makin keruh warna rubber band aku . oh GOD !! hahahahahahhahahaha
okey lesson learn ! Kalau aku nak teruskan pakai warna soft kena sentiasa alert dengan makanan yang aku consume . Tapi rasanya buat masa nie pakai warna gelap kot . Malas sis nak kawal makan. kahkah . Back to topik pasal braket tercabut . Actually aku dah remindkan diri aku untuk jaga braces sebaik mungkin sebab dentist tengah dalam pantang tapi hari tu aku ada ternampak tweet dari sorang patient nie dia bagi tahu dentist yang dia makan beberapa makanan yang dilarang untuk sipemakai braces tapi braces dia OKAY je then dentist tu reply tweet dia kata MAYBE awak tahu agak cara gigitan
Aku pun bila baca tu apa lagi "K KALAU DIA BOLEH, SIS PUN BOLEH" apa lagi bantai pi makan kerepek,buah buahan keras dan semalam aku makan biskut teddy bear Uwais . Konon nak buat rasa je sekali sedap pula,aku pun duk syok lah makan sekali aku dapat rasa ada besi terkeluar masa tengah mengunyah,pastu nak gigit sisa biskut tu tetiba rasa tergigit benda keras RUPANYA braket hook tu,nasib sis tak tertelan.Makan kerepek dan buah tak ada apa apa jadi sebab tu dengan yakinnya rasa makan biskut pun "tak ada hal" haha, memang terus rasa takut,cuak,panic dan marah diri sendiri. Bila fikir balik Sabtu nie ikutkan dah ngam sebulan pakai braces so sabtu nie dah kena tukar rubber band baru tapi sebab dentis belum habis pantang so appointment bulan nie kena postpone ke hujung bulan .
So bila braket tercabut aku dapat tahu yang kita kena cuci dan simpan braket tu untuk dentis pasangkan balik masa appointment nanti,kalau hilang klinik akan caj (sumber google) macam klinik aku, tak ada pula dia cakap pasal hal nie,cuma dentist pernah pesan kalau kerap cabut baru dia akan caj,kalau tak kerap dia tak caj, dia pesan itu je tapi aku simpan je braket yang tertanggal tu .So the next step is contact dentist , aku ws dentist inform dia then dentist tanya sakit atau tak ? aku cakap tak sakit , ada lah sekali sekala besi tu cucuk pipi aku bila aku bercakap atau mengunyah makan but tak menganggu sangat dan masih boleh dikawal. So dentist kata okey boleh hold till next appointment kalau tak sakit .
Oh Ya pemasangan bracket tercbut nie aku baru tahu yang klinik lain boleh pasangkan tapi kena caj lah tak free. So aku ada lagi 13 hari nak deal dengan besi tercabut nie,just in case kalau terasa sakit maybe aku akan buat dekat klinik lain . Tapi harapnya baik baik je lah ,tengah tak berapa hado sangat nie huhu, semua kena berjimat cermat . Aku tanya juga dentist kalau bracket tercabut nie ganggu pergerakkan gigi tak ,dia tak reply pula, tapi ada info lain bagi tahu yang tak menganggu . Harap betul lah, hehe .Ikutkan kalau dentist tak pantang boleh je terus pergi klinik tapi sebab dia pantang kena lah hold dulu. Lepas bracket tertanggal tu tetiba rasa tegang gigi aku , tapi skjup je lah lepas tu okey dah .
Aku kan baru perasan yang aku dah boleh senyum tutup mulut,yeayyyy dah boleh senyum tutup mulutt tapi tiber rasa senyum nampak gigi lagi cantik,pula dahhhh haha . senyum nampak gigi cantik bila selfie,tak cantik bila tangkap gambar dari jauh . eh gitu pula kannn ? haha . okey lah sampai sini je celoteh aku untuk hari ni. Bye byee ..
KHAMIS
Nak tanya sis pasang di klinik swasta atau kerajaan…klau tercabut bracket mmg xde cas ye
ReplyDelete