STILL WEARING POWER CHAIN DI BULAN ke 9 DAN 10 :)
gambar number google
Macam biasa lah , sibuk sikit . So lambat lagi update blog. So bulan ke 9 still pakai power chain,still sama pakai full power chain atas dan bawah , appointment braces masa lagi 1 week nak raya . So dapat lah tukar warna braces before raya sebab warna braces yang pakai bulan lepas tu pun dah bertukar warnanya haha , im call it "braces raya" :) . Masa pergi appointment tu sangattt ramaiii,lama gille tunggu . Tapi bila tukar getah apa semua tu skjup je . Tunggu yang lama nauu .
Aku ambil warna biru metallic sebab nampak cam cantik je , macam gambar diatas warnanya ,tapi lama lama pakai dia tukar warna, jadi warna teal/green gitu , tak nampak kusam warnanya . macam nice juga pakai warna tu bulan lepas, terasa cam magic sebab warna dia dari biru tukar ke green ,tapi warna dia tak nampak kotor tau, nampak cam warna fresh gitu .
Bulan lepas , after pakai tak rasa sakit sangat just rasa pressure sikit je,but dalam sehari je kot after tu okay dah,bulan lepas dah start boleh gigit benda macam keras sikit,macam buah apple apa semua,kalau tak, buah pun tak lepas nak gigit, Tu je rasanya story untuk bulan lepas .
28 JUNE 2021 - ISNIN
(Appointment bulan ke 10)
Bulan June Ipoh kena pkpd , so appointment untuk bulan june jadi delay since klinik tutup,tapi bukan sebab pkpd tapi sebab Dentist sibuk uruskan pembukaan klinik baru atas nama dia sendiri,so should be aku tak ada appointment untuk pertukaran getah braces bulan nie, bayaran untuk bulan tak datang nie pun dentist kata tak perlu bayar
Butt.... tetiba kawan aku sorang tu dawai dia tercabut dan dia tengah preggy so dentist kesian kan dia, so dia pun bukakan khas klinik dia untuk kami .haha . dentist kami baik gilaaaaaaa. So secara tak langsung kami dah rasmikan klinik baru dia, SUMPAH cantik gilaaa klinik baru,dah macam cafe haha
Klinik baru kali ni ada xray room, ada banyak bilik , alatan semua dah tukar ke alatan lebih canggih,jakun jup haha . Hari tu kami datang pun kena masuk n park ikut pintu belakang haha ,dah macam nak buat jahat je sebab kena rahsiakan kedatangan kami tu since klinik tak rasmi lagi 😝 .
Kenapa aku pun join tukar braces sekali ? sebab aku yang tergedik nak teman kawan tu , alang alang kami pun selalu buat rawatan sama sama,so sekali jalan je lah .Dia pun okay je sebab ada membe teman , dentist pun bagi je aku join sekali . So appointment bulan nie still dapat attend .
Bulan 6 nie kira dah 10 bulan aku pakai braces, dentist kata gigi aku yang jarak tu lagi sikit dah nak rapat , membe aku tu dah rapat dah , yess memang aku sendiri perasan gigi aku dah makin nampak rapatnya tu , dah tak nampak sangat lompong gigi yang kena cabut dulu tu .
For me cepat lah juga sebab dulu dentist kata dalam tempoh 6 bulan nak nampak ketara rapat tu,nak nampak rapat betul dalam tempoh 12 bulan , but untuk gigi aku n kawan aku tu less than 6 month dah nampak ketara dan less than 12 month gigi aku dah nak rapat betul,memang lagi sikit je lagi .
Maybe hasil maintain kami attend appointment every month kot , memang nampak cepat hasil dia , aku pun bila tengok gambar dulu dulu dengan sekarang nampak sangat beza. Dulu nampak sangat jongangnya tu now tak perlu dah senyum cover mulut dah,nampak omeyy je bila senyum nampak gigi HAHAHAHAH..
warna rubber band bulan nie :)
Bulan nie aku ambil warna pink, cam dark ke soft sikit warna pink tu, cantikkk . kali nie dentist agak struggle sikit pakaikan braces untuk aku since semua dah baru kot so dentist take time nak pakai peralatan baru,dawai aku pun agak tebal so bila nak masukkan rubber power chain asyik tak lepas dan terputus huhu
Bulan nie power chain aku dentist pakaikan full bahagian atas,bawah pula cuma power chain dipasangkan kiri kanan je . sebeb dentist nak cepatkan proses rapatkan gap gigi tu , so far aku tak kena lagi lah cam orang lain yang dentist pakaikan rubber silang tu , yang time makan je kena buka , tak ada pula guna yang itu setakat nie, dentist pakaikan power chain je .
Yang macam gambar bawah nie . So far rawatan yang aku expect akan dapat tak sama macam yang aku sangkakan . Ada banyak rawatan aku tak sama macam braces user yang lain. So maybe dia ikut cara kerja setiap dentist kita , masalah gigi dan cara rawatan gigi kita kot .
Apa yang tak bestnya since aku ambil bukan warna dark, baru beberapa hari nie warna rubber band aku dah bertukar dah , tu lah gatal pi makan ayam masak Lemak cili api dengan mee kari,memang bertukar warna lah cerita dia .haha ,Kali nie tukar getah aku tak boleh makan keras semula ,tak sakit tapi rasa pressure dan tak lepas nak gigit , itu je . Bila makan keropok ke terasa sakit ,huhu , bulan lepas dengan bulan nie tak dan nak ambil gambar actual warna getah rubber band pun,sebab cepat je warna rubber band dah bertukar warna ciss haha .
Rasanya itu je kot nak share , so kalau ada sesiapa pakai braces tu atau baru pakai or plan nak pakai make sure disiplin sikit bab attend appointment, In Shah Allah cepat nampak perubahan hehe . Btw since ramai tanya aku legit ke tak klinik aku pergi tu , of course lah legitt !! aku nie dah lah takut doc gigi , ingat sis nie berani mati ke nak pergi buat dekat tempat tak tentu hala , haha .Tapi now tak takut dah.aku tanya dentist hari tu , lepas nie bayaran mahal ke since klinik dah cantik,alatan semua dah upgrade . Dentist kata tak , sama je , even promo duit muka pun dia akan still buat , bayaran pendahuluan RM 300.00 je tu . NP RM 500.00
Aku cerita juga dekat dentist, kata ada yang ragu ragu dengan klinik saya pergi nie,deme pertikaikan legit ke tidak klinik nie, dentist aku dengar dia gelak je , dia kata dia buat murah sebab tak nak ada yang pergi buat dekat tempat tak bertauliah tu lah . Duit muka memang murah tapi bulanan agak mahal sikit , RM 200 setiap bulan selama 2 tahun , kalau klinik lain bulan bulan bawah RM 200.00 kan?
But for me okay lah , scalling pun sekali jalan masa buat braces nie, free pula tu hehe . So gigi pun setiap bulan dapat rawatan dan pantauan . hehe
K jumpa lagi di next story . Byeeeee...
FRIDAY
2 JULAI
5.44 PM
Comments
Post a Comment