EARLY STARTER KIT FOR BRACES USER
Bukan nisa lah kalau bukan warna purple kan haha
Selamat tengahari semuaaaa . Esok kita dah berbraces , makin nervous pula . Mampu ke tidur lena malam esok ? boleh ke nak buka mulut untuk makan esok hehe . Walapun belum pakai braces tapi apalah salahnya "sediakan payung sebelum hujan" .Aku dah beli siap siap dah starter kit untuk braces . Ubat gigi , berus gigi semua kena tukar baru . Tak adalah nanti bila dah berbraces baru sibuk nak cari kan , boleh terus guna je.
BERUS GIGI :-
Kenapa kena tukar baru ?Bila berbraces berus gigi disarankan pakai yang jenis soft ,size 0.01mm dan ada lekuk di tengahnya . Tapi sebenarnya orang yang tak pakai braces pun digalakkan pakai berus gigi jenis soft dan size 0.01mm untuk cucian lebih mendalam dan berus dapat capai di setiap celahan gigi . Ini dentist yang bagi tahu, Kebetulan selama nie memang guna berus gigi jenis soft dan size berusnya 0.01mm .Bila berbraces nie aku nak try guna brand colgate, biasa guna oral B. Kenapa pilih brand colgate ? sebab ada yang suggestkan,Banyak info lebih tekankan cari berus jenis soft dan size 0.01mm , tak ramai tekankan bab lekuk di berus gigi . Brand berus gigi paling popular untuk braces user yang aku tahu brand "systema" dan harganya afordable juga .Next maybe lepas dah pakai braces atas bawah aku boleh try brand systema pula.
UBAT GIGI:-
Untuk braces user tidak digalakkan sama sekali pakai ubat gigi yang ada agen pemutih , segala ubat gigi yang ada claim "whitening teeth" atau seangkatan dengannya tidak disarankan. Antara ingredient yang mengandungi agen pemutih dalam ubat gigi :-
1) SILICA
2) PYROPHOSPHATES
3) HYDROGEN PEROXIDE
4) CARBAMIDE PEROXIDE
Kenapa tak boleh pakai ubat gigi ada agent pemutih sebab bila kita pakai braces gigi kita dah dihalangi oleh braket/besi braces jadinya bila buka braces nanti gigi kita akan berbelang , gigi yang tak ditutupi dengan braket/besi tu je nanti yang putih , yang ditutupi itu agak kekuningan sedikit . Itu je sebabnya,so kalau tak nak gigi berbelang better elakkan. Braces user disarankan(tak wajib)pakai ubat gigi sensitif ,bila baru baru pakai braces gigi kita agak sensitif sebab ada benda asing kan,jadinya disarankan beli ubat gigi jenis gigi sensitif .That's why lah sis beli ubat gigi sensitif macam gambar diatas hehe.
Selain dari tu "interdental brush" sangat lah penting untuk buang sisa makanan dicelahan braces, macam mana rupanya? macam gambar diatas tu lah,rupa dia macam berus botol susu baby tapi "mini size" lepas nie nak keluar makan luar kena kerap ke toilet lah untuk buang sisa makan terselit dicelahan braces, ada orang dia tolak guna lidah je haha . Yang bekas warna pink dan purple tu "dental wax", dental wax tu fungsi dia untuk tampal dekat besi braces yang bergesel dengan bibir dalam . Besi tu buat patient tak selesa sebab besi tu rasa mencucuk dan boleh menyebabkan ulser so nak kurangkan sakit dan geselan kena tempek dental wax dekat besi braces nanti . Biasa klinik akan bagi lepas pasang braces,cuma risau tak cukup sebab kalau habis dan nak guna lagi kena beli dekat klinik, aku beli dekat shopee je dalam RM 1 lebih haha . Tak pasti klinik aku nie akan bagi free atau kena caj lain nanti (manalah nak tahu) ada juga patient yang tak guna wax sebab tak menganggu pun(hebatnya kamuuu) tapi aku sediakan je wax extra,lain orang lain ragamnya kan . Benda pink panjang tu "pembersih lidah" tak nak guna berus gigi,selesa lagi guna alat khas untuk cuci lidah. hehe
"ESSENTIAL KITS BRACES" nie lah yang aku akan bawa kemana sahaja lepas nie . Nasib lah seller tu ada jual warna purple, rasa excited pula tengok barang barang warna purple nie,haha .Dalam nie lengkap semua ada, ada cermin , berus gigi , interdental brush , floss dan wax. Kebanyyakkan info nie aku dapat dari sorang youtubers nie "syaza kifl", boleh lah korang subscribe channel dia . Nak dikatakan 85% aku dapat ilmu dari dia .Cara penerangan dia sangat mudah aku nak faham 😊 .Baiklah sampai sini je coretan aku, dari tengahari sampai ke petang aku menaip nie haha .Jumpa di next entry ya .
16 OGOS 2020
AHAD
2.00PM
Comments
Post a Comment