sumber gambar dari google
Today i will story about why im choosing that colour for this month and first time wearing braces. Hagituuu speaking pula kannn. Haha . Aku tak nak cerita lagi pasal the pain after pakai braces tapi aku nak cerita kenapa aku pilih warna BIRU . Kenapa kena cerita eh ? Perlu ke cerita dekat sini ? Yes of course! sebab in future nanti just in case aku terlupa warna apa yang aku pakai dan kenapa aku pilih warna biru masa kali pertama pakai braces ? Kalau lupa nanti boleh lah aku baca entri nie semula ,Yahh aku memang cepat lupa. Kemon lah warna rubber band akan ditukar setiap bulan kot selama 21 or 24 or 48 month kot . Ingat sis boleh ingat ke ? Haha . Tapi sejujurnya aku suka warna nie dan rasa comel pula bila pakai braces nie hahahahahahahhahahahaahhahahahaha 😜
Actually tak ada sebab yang penting sangat pun,hujung bulan 8 nie ada 2 kenduri kawan yang aku nak kena attend,masa kedua dua majlis tu aku plan nak pakai baju warna biru,konon nak matchkan warna braces aku dengan warna baju tu nanti lah ,haha so basically that my only reason why i choosing blue colour ,tu je lah sebabnya. Nanti kalau ambil gambar kan dah kena senyum nampak gigi (masalah awal braces user gitu lah , kena menjerongen je kalau senyum sebab tak boleh tutup mulut kan haha) Actually aku nak pilih warna biru like dark blue or royal blue tapi klinik tak ada warna biru aku nak tu so aku ambil warna biru yang paling gelap ada dekat klinik tu. Oh ya tolong jangan tanya kenapa pilih blue ? Kenapa tak ambil baby blue and so on . Aku ada cerita di entri lepas mengenai warna rubber band yang boleh di pakai dan jangan dipakai . If u not read it yet , please go read it !
sumber gambar dari google
Aku ambil warna kod "sky blue 5" sebab itu je biru paling gelap yang ada huhu
So masa hari nak pergi buat appointment isnin lepas , aku pun pakai serba serbi biru untuk ambil mood . Eh ada pula gitu kan ? Haha .

kita masih lagi di fasa pkpp so still kena pakai mask bila keluar rumah
Kita tepek gambar dekat sini untuk buat kenangan . Aku pakai filter je bila tak makeup dan my skin condition in worst condition so using filter is a must! haha . Baju tu bukan warna grey ya , warna asalnya warna soft blue bila guna filter warnanya nampak lah lain sikit . Gambar sebelum dan selepas pakai braces aku ingat nak letak di penghujung rawatan braces nanti . Ingat nak compilekan sekali. Tapi tengok lah kalau ada perubahan mood maybe aku akan letak gambar dekat sini di entri yang seterusnya . Baiklah sampai sini sahaja . End of story ~
JUMAAT
21 OGOS 2020
10.41PM
UPDATE
30 OGOS 2020
SABTU
8.26PM
Hari ini dan semalam adalah hari kenduri kawan yang mana aku pilih rubber band biru sebab kan warna baju yang nak pakai masa hari majlis mereka . I dont know why but semua gambar gambar aku, aku rasa hodoh gilaaaaa hahaha . Aku biasa senyum tak nampak gigi tapi bila dah pakai braces nie TERPAKSA senyum nampak gigi , entah lah rasa kekok dan rasa hodoh sangatttt . haha . Bulan akan datang lagi hodoh sebab gigi rongak (next month dah kena cabut 2 batang gigi ) macam mana lah aku nak attend majlis bulan 10 nanti dengan gigi rongak , agak masa bulan tu dah boleh ke tidak senyum tutup mulut? harapnya boleh lah senyum tutup mulut,kalau tak memang aku ambil gambar pakai mask , sebab gigi yang nak dicabut tu betul betul gigi bahagian depan,boleh bayang kan tak tahap hodoh tu kalau gigi rongak tu terserlah ? haha cuma bila dah pakai braces nie jongang tu tak berapa nampak sangat,i can see a little bit different maybe sebab braces tu yang cover sikit jongang aku kot tak mungkin gigi dah tarik kebelakang sikit sebab baru 2 week pakai kan,so immposible.Kalau dulu aku senyum nampak gigi memang jongang tu terserlah tapi dah pakai braces nie gigi jongang tu tak terserlah sangat,braces tu lagi menyerlah, faham tak apa aku cakap ? haha.. Orang lain pakai braces cantik je kalau jumpa depan depan atau dalam gambar dorang nampak cantik dan comel je tapi kenapa aku nampak hodoh gila ? haha. Hope gigi dah rapat dan tersusun nanti naik lah sikit seri muka . sedih lah tengok tak ada gambar yang cantik. Masa baru pakai hari tu rasa comel je sekarang rasa hodoh pula haha , muka nampak macam kaka kaka yang dah nak masuk 40an !! aahhhh bencii lahhh hahaha . K lah itu je sis nak membebel dekat sini hari nie . nanti lah aku update gambar pakai braces, tunggu lah bila aku dah ada keyakinan diri sikit nak post gambar berbraces hehe. bye byee
Comments
Post a Comment