BULAN PERTAMA | BRACES ! HOW THE PAIN?






sumber gambar dari google

6 DAYS AFTER WEARING BRACES ( First month)

Hye im backk ! Seriously i just wanna do a short sharing but i think i cant haha..

Before tu aku nak bagi tahu braces ada pelbagai jenis , yang aku pakai nie braces jenis conventional.


So here the question and my story😊 


SAKIT TAK LEPAS PAKAI BRACES ? 

Ha nie soalan yang orang selalu tertanya tanya kan ? Sakit tak ? Berapa hari sakit ? Kalau ikut pengalaman orang yang aku pernah baca dan dengar , ada yang sakit selepas beberapa jam pemasangan braces, ada yang selepas beberapa hari baru rasa sakit, ada yang sakit selama 3 hari ,seminggu dan sebulan ! Pengalaman aku , lepas beberapa jam pakai braces aku dah start rasa sakit, rasa pressure dekat gusi dan gigi ,kepala rasa sakit berdenyut  TAPI dalam 10 ke 15 minit je , sakit yang berable dan tak perlukan pain killer, lepas sakit tu hilang aku cuma rasa pressure dekat gigi je. Paling kuat rasa pressure dekat bahagian gigi bawah ( maybe sebab gigi bawah aku jarang) tapi seriously tak sakit. Selama 6 hari pakai cuma rasa pressure je .Gigi atas tak boleh terketak / tersentuh kuat dengan gigi bawah . Kalau terkena rasa macam short karen. Faham tak ? Rasa macam tu je,kalau tersentuh secara slow okey je .Pain killer pun tak makan .Pengalaman aku gigi bawah dan atas tak boleh tersentuh  / terketak kuat selama tiga hari je.


BOLEH MAKAN KE ?

Makan boleh ! Cuma makanan lembik dan lembut je boleh. Aku cuba nak kunyah nugget masa hari pertama pakai tu memang macam dentis kata,gigi rasa tak lepas nak mengunyah dan tak boleh gigit makanan . Haha . seriosly gigi macam dah tak ada fungsi 😅 .Oh ya makan pun boleh je nganga mulut macam biasa , tak ada rasa susah nak nganga ke apa . Nanti aku share menu makanan yang aku makan selama hari aku tak boleh makan macam orang lain . Dah 6  hari aku makan makanan lembik dan lembut , tapi tak semua orang sama. Ada yang 3 hari dah boleh makan macam biasa . Dentist anggarkan paling lama seminggu je . Tapi ada juga patient sampai sebulan pun gigi dia still tak boleh mengunyah dan gigit makanan . Aku nie nanti tak tahu lah berapa lama . Tunggu je lah seminggu nie huu . Oh ya so far aku makan bubur tak ada lagi makanan terselit di celahan braces . Aku macam woww seriously ? Haha .


BERUS GIGI SAKIT ? 

Berus gigi tak sakit tapi ada bahagian gigi rasa pressure dan ngilu sikit bila di gosok , tak semua bahagian, certain gigi je, aku ada baca ada patient sampai takut nak gosok gigi sebab bila gosok dia kata sakit! Aku memula nervous juga masa nak gosok gigi tapi bila gosok tu tak sakit pun haha .Cuma betul lah orang kata timing dalam bilik air lagi lama sebab bila pakai braces kita bukan kena berus gigi je kita kena berus dan take a good care hygiene dekat braket braces juga . Tapi aku okey je sebab dah sedia maklum dan tak lah leceh pun , cuma ada tambahan step je , bila nak berus tu kena berus cara circular motion dekat semua gigi , lepas tu gosok setiap bracket braces pula, selesai tu kena bersih celah braces guna interdental brush pula (boleh refer di youtube je cara gosok gigi for braces user) Cuma floss aku tak boleh lagi , tak pandai nak floss bila ada braket dekat gigi dan rasa agak sakit sikit bila nak floss . Aku tengah tunggu water floss aku sampai . Dah order before pakai braces tapi belum sampai lagi . huhu . I wanna floss my teeth so badly ! Huwaaa.. 


ADA PELAT KE ATAU SEBUTAN PELIK ? 

Alhamdulillah aku boleh je bercakap macam biasa tanpa ada sebutan pelik atau pelat . Cuma aku perasan bila mengaji ada sebutan aku tak boleh sebut dengan jelas . Contoh macam "muf" rasa tak lepas nak sebut jelas , macam lidah pendek . Haha . Itu je kot . Lain semua sama je . 


ADA ULSER TAK ?

Ulser yes ada! tapi lucky that masa hari pertama pakai braces aku rajin cek mulut , aku perasan lepas berapa jam pakai , bibir blah dalam dah mula luka (bukan ulser), so aku cepat cepat tampal dental wax dekat bracket. Hari ke tiga start rasa macam ada ulser nak naik dan tempat luka hari tu dah jadi ulser cuma ulser kecil dan tak sakit, Aku keep on pakai wax setiap masa unless masa nak ambil wuduk . Masa makan aku tak tanggal wax sebab malas haha (sebenarnya time makan kena tanggl) lagi pun wax tu susah nak tertanggal (kena tarik keluar pakai tangan baru dia tanggal)dan kalau tertelan pun tak ada masalah sebab wax tu selamat dan tak memudaratkan kalau tertelan . Tak nak ulser getting worst kena banyakkan minum air kosong , letak wax secepat mungkin bila dah nampak bibir luka walapun tak rasa sakit ( aku tak perasan bibir aku luka sebab tak rasa sakit langsung sebab tu aku rajin cek ) step seterusnya kumur dengan mouthwash / air garam 2x sehari. 1x pagi dan 1x malam, last sekali pakai ubat ulser ! Better Sediakan ubat tu before getting on braces so that bila ada ulser boleh terus guna je. Alhamdullillah i done all the step and my ulser getting better only in 1 day. Dah masuk hari ke 6 nie,ulser tak ada naik semula.Bila fikir balik bagus juga pakai braces musim pkp , sebab kena pakai mask so orang tak nampak gigi aku yang bertempek wax tu haha . 


KUAT TAK RASA BESI MENCUCUK ? SELESA KE TAK ? 

Masa hari pertama kedua rasa mencucuk tu tak kuat pun , hari ketiga rasa agak kuat tapi tak sakit cuma rasa tak selesa je . Macam ada benda kecil tumpul yang mencucuk bibir . Tahap rasa tak selesa tu aku rate 2.5/5 . Tapi is not a big deal pun . Rasa tak selesa ,aku letak je wax ,terus rasa okey . Hari ke 4 dan seterusnya aku dah tak letak wax sebab rasa mencucuk dah kurang. Lepas dentis pasang braces isnin lepas tu gigi tak lah rasa pelik sangat pun,cuma bibir je rasa kedepan sikit sebab braces haha .


PERUBAHAN MUKA SELEPAS PAKAI BRACES ? 

Jujur aku kata aku rasa macam lagi jongang haha .Walaupun aku memang sedikit jongang tapi tak ada lah rasa jongang bila tutup mulut,bila pakai braces nie rasa jongang tu terasa but in same time aku rasa comel hahahahahhahaha (mixed feeling). 


Apa pun aku bersyukur sangat masa pakai braces nie aku tak berpengalaman macam cerita cerita aku pernah baca .Banyak cerita aku baca dekat blog masa baru baru pakai braces dorang cerita bila bercakap air liur menyembur nyembur , rasa air liur penuh dalam mulut . Bila tidur pula air liur basi banyak meleleh keluar sampai kena kerap tukar sarung bantal. Alhamdulillah aku tak ada pun macam tu . Okey je semuanya but the next month nasib aku masih tak tahu lagi macam mana, tambah lagi kena cabut gigi . haha . Untuk yang nak pakai braces please have a mental prepare and please dont be scared! lain orang lain ragamnya . Cari ilmu apa yang patut dan tanya dentis rawatan macam mana akan diberikan serta berapa total kos yang akan dicaj oleh pihak klinik.


Itu je kot rasanya nak share, nanti ada masa aku update blog lagi.Thanks for reading. Bye bye ~

22 OGOS 2020
SABTU

10.52PM

Comments

Popular posts from this blog

STILL WEARING POWER CHAIN DI BULAN ke 9 DAN 10 :)

BULAN KEDUA PART 2 | BRACKET TERCABUT!

BRACES ? NAK BUAT ATAU TAK ?