THIS WEEK WILL WEARING BRACES ?


sumber gambar dari google 
Nervous!!!!!!

                       

 Kalau tak ada perubahan this week aku akan pakai braces, tetiba nervous pula . Berbelah bahagi juga nak pakai atau tak (pula dahhh ) haha sebab fikir lepas nie akan ada perubahan mendadak , kesakitan pula tak tahu pula macam mana sakitnya kan ,paling stress fikir tak boleh dah nak makan macam macam hahaha. Sebab aku suka makan kekacang , kerepek, buah buahan fav pun banyak juga tak boleh makan macam apple,lai dan lain lain . coklat bar pun sama , biskut keras. Banyak juga sebenarnya pantang larang berbraces nie , ada je orang makan juga tapi sebab makanan nie semua tak baik untuk besi braces so kena lah jaga makan kalau tak nak kerap ke klinik . Kalau ke klinik comfirm doc akan caj harga lain . haha . Semua list tu aku dapat dari google . Banyak juga info aku dapat dari blogger lain dan youtubers . Bila fikir balik bab makanan tu tak apa lah , bila pakai braces nanti aku ingat nak sambung semula diet , sekarang aku tolak tepi semua diet sebab risau kalau dah pakai nanti macam macam makanan dekat atas tu aku teringin tapi tak boleh nak makan haha

Nanti kalau rajin aku share di next entry warna apa yang sesuai dipakai untuk getah braces/getah power chain dan warna apa perlu dielakkan, juga penjagaan yang betul untuk gigi dan gusi semasa pakai braces . Oh ya nanti aku selitkan sekali  peralatan wajib as a “life savior “  si pemakai braces. Walaupun belum pakai tapi sajalah aku dapatkan info awal before berbraces, Kebanyakkan semua info nie aku dapat dari sorang youtubers . Kalau rajin aku share di next entry 😊


Harap sangat sepanjang journey berbraces nanti tak ada masalah yang timbul , sama ada dengan pihak klinik , doktor atau gigi aku nie . Risau juga sebenarnya , ye lah dalam 2 tahun macam macam boleh jadi kan . hehe ( ya aku memang jenis overthinking and i just wanted to prepare my mental ) dan semoga aku sentiasa rajin dan tak miss appointment. Risau juga kan sekarang rasa excited + nervous . Takut nanti nanti dah pakai mula malas malas nak datang appointment . Mana lah nak tahu kan 😅


ISNIN 

10 OGOS 2020 

6.24PM 

Comments

Popular posts from this blog

STILL WEARING POWER CHAIN DI BULAN ke 9 DAN 10 :)

BULAN KEDUA PART 2 | BRACKET TERCABUT!

BRACES ? NAK BUAT ATAU TAK ?