PERSOALAN MENGENAI BRACES ?
Hyee im back! Actually aku baru tahu yang tulis blog melalui phone nie tak boleh attach gambar ? Oo No! Baru excited nanti nak upload gambar bila dah berbraces huhu . Ke sebenarnya boleh ? Tapi aku je tak tahu caranya ? Hmm . Malas lah nak godek godek blog nie haha .
Berbalik dengan topik dan persoalan aku mengenai braces tempoh hari , hari nie aku akan bagi jawapan dari doktor (should i call doctor or dentist ? )
RETAINER :-
Mengenai retainer, kes aku tak memerlukan pemakaian fix retainer (selepas habis tempoh pemakaian braces) . Cukup dengan hanya pemakaian retainer 24jam selama 6 bulan . Selepas tempoh 6 bulan tu aku dibolehkan untuk tak pakai retainer, tapi aku diberi pilihan sama ada nak pakai retainer seumur hidup hanya masa nak tidur sahaja atau nak buang gigi bongsu belakang untuk tak perlu pakai retainer seumur hidup. Gigi bongsu aku senget doktor kata , nak buang boleh tak buang pun boleh . Gigi bongsu disarankan buang sebab dia akan gerakkan gigi aku semula bila dah buka braces nanti. Tapi doktor kata dia sarankan tak perlu buang dan pakai je retainer seumur hidup waktu nak tidur sahaja sebab tu pun dah memadai dan lagi bagus kalau kita stay gunakan retainer for maintainkan kedudukan gigi tu (actually aku tengah fikir nak buang ke tak , apa pun tunggu lah nanti ). Nak lagi bagus after 6 month tu teruskan je lah pakai retainer 24jam doc kata . Hell noo lah kan nak pakai 24jam seumur hidup . haha tapi doc kata tak perlu pun pakai 24jam . Memadai pakai waktu malam sahaja. Yang baru nak pakai braces sila cakna bab retainer nie juga .Tak ramai orang bercerita pasal retainer nie , banyak fokus pada braces sahaja , maybe setengah orang mereka rasa tak penting tapi bagi aku benda nie penting untuk keselesaan selepas pakai braces . Selepas pemakaian braces memang kena guna retainer untuk tak nak bagi gigi gerak balik . So tanya doktor kemungkinan gigi kena pasang Fix retainer atau tak, kalau korang okey kena pasang fix retainer ,tak ada masalah , jenis aku , aku kisah hehe . Aku kalau doc kata kes gigi aku nie kena pakai fix retainer memang aku tak buat braces , sebab penjagaan gigi sangat leceh kalau ada fix retainer tu , doc pun cakap benda yang sama . Fix retainer tu macam mana ? boleh google sendiri since blog aku nie tak boleh upload gambar,tak dapat lah nak tempek gambar sekali huhu . Apa pun syukur lah pada manusia yang Allah dah kurniakan gigi cantik tersusun . Hasil tangan manusia macam nie lah , tak sesempurna ciptaan Allah. Apa pun jagalah kesihatan gigi anda , sekali dah rosak kalau dibaiki pun tak sesempurna ciptaan Allah huhu ( eh termasuk bab agama pula ) haha .
KENA CABUT GIGI LAGI? :-
Kes aku , aku tak sebertuah macam orang lain yang tak perlu cabut gigi . Aku kena cabut 4 batang gigi sepertimana aku ada nyatakan di entri lepas , kenapa kena cabut ? sebab nak bagi ruang gigi aku bergerak dan sebab gigi aku agak jongang so itu lah diaantara sebab sebab aku kena cabut gigi . Takut tak ? tak lah takut sangat since nanti time cabut tak rasa apa pun sebab akan dibius , cuma nervous sikit fikir lepas dicabut tu,duk fikir akan sakit ke tak,kalau sakit pun sakit sangat ke? itu je . Plus ramai kata cabut gigi skjup je (kes untuk bukan gigi rosak) , rasa denyut denyut je dorang kata so tak lah nervous sangat . Habis kena cabut lagi ke tak nanti after 4gigi dah dicabut ? macam aku ada cerita dekat atas tadi ,doktor saran gigi bongsu dibuang tapi ada pilihan sama ada nak buang atau tak . Selain dari tu tak ada dah kena cabut/buang . Benda nie pun sila lah tanya doktor memasing . Macam aku ada cerita di entri lepas memag ada kes kata tak kena cabut, dah pakai braces tetiba kena cabut pula, kes aku baca tu patient tu sampai melompat dari kerusi bila doc kata kena cabut tau haha .
WAJIB KE XRAY ? GIGI JARANG KENA PAKAI BRIDGE ATAU CROWN KE ? :-
Kes gigi aku doc kata tak perlu xray sebab dia cek gigi aku semua dah cukup dan dia pun sedia maklum dengan keadaan gigi aku sebab tahun lepas dia yang operate gigi geraham aku. Kenapa tempat lain buat braces kena xray ? sebabnya doc nak tengok kedudukan akar gigi , ada tak gigi patah di dalam, nak cek gigi bongsu dah tumbuh keluar atau belum ,ada tak gigi tak tumbuh habis yang tertanam didalam dan lain lain . Kalau ikut keadaan gigi aku doc kata semua gigi lengkap dan tak ada masalah so tak perlu xray (Mostly klinik memang akan buat xray dan memang ada juga klinik tak buat xray kalau dentist cek semua gigi lengkap,apa pun depends dentist ) . Gigi jarang aku tak perlu pakai bridge sebab bridge perlu pakai kalau patient ada missing tooth, macam aku ,aku bukan missing tooth tapi gigi jarang sikit je dan tak perlu pakai crown sebab crown biasa dipakai untuk kes gigi patah separuh . Kes aku baca yang patient gigi jarang tapi tak rapat rapat tu probably patient tu mengalami antara kes macam nie https://www.jorgensenorthodontics.com/blog/why-are-my-braces-having-trouble-closing-the-spaces-between-my-teeth
ANGGARAN BERAPA TAHUN BRACES AKAN DIPAKAI ? :-
Soalan ni kita berhak je tanya dekat doktor (kes kalau doktor tak inform jangka masa pemakaian braces), banyak juga info aku dengar yang makin kita berusia, gigi dan gusi makin firm dan keras jadinya agak susah dan lagi lambat gigi nak gerak . Doktor kata kebiasaan memang gigi remaja lagi cepat bergerak berbanding dewasa tetapi depends pada orang juga , dan umur bawah 30 an nie kebiasaannya 1 tahun lebih sahaja tempoh pemakaian (tapi aku jangka gigi aku maybe 2 tahun lebih , saja nak expect lama sikit haha). Kebiasaanya tak sampai 2 tahun lah doc kata dan patient yang pakai lama tu banyak faktor dan ada sebab tersendiri .
-Sama ada patient delay appointment
-Masalah gigi yang serious/gigi lambat gerak
-dentist yang suruh patient pakai lama lagi sebab memang ada ya dentis buat macam tu , sebabnya dentis nak lagi tighten dan kuatkan kedudukan gigi patient dengan penggunaan braces lebih lama .
Klinik aku pergi nie doktor kata kalau gigi dah cantik dan terususun memang dorang akan buka terus , nak stay pakai boleh doktor kata tapi kena bayar lebih lah haha tak mau lah sis . Oh ya persoalan terakhir ada lah klinik tu kebiasaannya akan pakaikan retainer jenis transparent bukan jenis besi . Hehe
Braces nie macam susuk tauu , kenapa macam susuk ? haha Sebab once kau dah buat dekat klinik tu kau kena terus buat dekat klinik yang sama sampai ke akhirnya . Jarang sangat akan ada klinik lain nak terima kes patient yang buat braces dari klinik lain . Sebab rekod kita dah ada di klinik tu so sebab tu klinik tu je boleh buat . Satu lagi info aku dapat tahu , kalau klinik lain take over sesuatu kes dan ada masalah dari patient tu lesen dentist/klinik tu kemungkinan besar boleh ditarik serta merta (tak tahu lah sahih ke tak tapi aku ada terbaca dulu) . Sebab tu jarang dentist nak terima patient dari klinik gigi yang lain . So pilihlah klinik gigi yang senang kita nak datang setiap bulan bila ada appointment 😊 .Sebenarnya benda lebih penting adalah kalau ada apa apa kes mengenai braces , kalau braket tercabut ke , wayar tercabut ke bila kita pilih klinik yang dekat dengan kawasan kita tinggal benda tu memudahkan kita nak refer dentists kita sendiri . Itu yang paling penting bagi aku . Aku pernah terjumpa kes patient nie dia buat braces di klinik luar daerah tiber braket dia tercabut masa dia makan pizza , malangnya klinik tu tak terima kes dia . K lah tu je nak bercerita . Byee byee
5 OGOS 2020
RABU
10.45PM
UPDATE
14 OGOS 2020
OKEY AKU DAH JUMPA CARA NAK MASUKKAN GAMBAR , actually just slide kan je bar blah atas tu hahahahahahhahahahahahaha dekat atas tu ada option nak masukkkan gambar . Aku ingat atas tu dah tak boleh slide bar!! kk nie lagi semangat nak menulis nie 😂 . Alahhhhh benda simple je rupanya haha .
Ini aku dapat dari twitter mengenai patient nak cuba buat pertukaran tempat dan doktor untuk sambungan rawatan braces . Dr Najib ada explain sedikit mengenai isu mengenainya ,macam aku ada tulis di atas .
Comments
Post a Comment