FIRST TIME SCALING, SAKIT?!

sumber gambar dari google
 

Hari nie tak nak cerita lagi pengalaman"hari pertama" pakai braces.Sebab banyak sangat benda aku nak share, tengah cari mood nak menaip panjang lebar .Sekarang nie aku nak share "Pengalaman aku scaling gigi" . 

Ramai lagi yang takut nak scaling gigi selain dari takut sakit,harganya yang agak mahal buat ramai orang tak nak buat scalling, sebenarnyakan ada je klinik gigi tawarkan harga murah . Kena rajin cari dan tanya beberapa klinik gigi . Klinik aku pergi nie agak mahal but still harga mampu milik,Klinik aku pergi tu caj scaling RM 80.00-RM 150.00 , aku kena caj RM 110.00,ada satu klinik paling murah yang aku tahu,dia tawarkan harga scalling serendah RM 60.00 - RM 100 ke 110.00 around that price lah, bayar ikut pada bertapa tebal karang gigi anda. 

Kenapa kena scalling ? Untuk nak buang plak/karang gigi yang menebal di gigi akibat sisa makanan yang tak dibuang secara betul dan tidak dicuci sebersih bersihnya . Sebab tu lah lepas gosok gigi kita kena floss,untuk buang sisa makanan dicelahan gigi yang berus gigi tak dapat nak capai. 

Bila karang gigi menebal akan timbul lah masalah kaviti , gigi rosak , mulut berbau dan macam macam masalah berkaitan gigi/gusi. So scaling adalah benda wajib perlu kita buat 6 bulan atau 1 tahun sekali .Kalau rajin floss , pandai jaga kesihatan gigi dengan cara betul . Perlu 1 tahun sekali je buat scalling . Aku pun tak pasti macam mana karang gigi boleh terjadi walaupun kita dah floss dan after make sure gigi kita dah bersih sebersihnya(maybe karang gigi terjadi antara faktor lain juga kot dan floss bantu meminimalkan karang gigi tu terjadi ) Doktor juga sarankan pakai berus gigi yang soft bristle (0.01mm) . 

Masa nak buat scalling dulu (aku ada story di entri lepas)aku diberitahu klinik ada buat promo braces , masa tu dorang tanya juga kalau nak buat braces, scaling gigi pada hari nak pasang braces tu je nanti sebab harga depo pemasangan braces dah termasuk pakej scalling sekali ,tapi sebab masa tu aku macam tak pasti nak buat atau tak braces so aku buat je scalling dulu . 

Ramai kata scalling sakit , masa dah masuk bilik tu aku minta bius,tapi doktor kata tak sakit pun. Doktor siap cakap lagi "tak apa saya cuba scalling dulu kalau awak tak tahan sakit bagi tahu nanti saya bagi bius" masa scalling tu serious doktor buat tak sakit pun . Cuma terasa sakit sikit je bila dia bersihkan bahagian gigi blah atas bila terkena gusi . Tapi sakit dia sakit yang minimal dan beberapa saat je rasa sakit tu . Lama juga lah doktor scaling gigi aku , Around 20 ke 30minit macam tu tak silap . Ye lah semumur hidup tak pernah scaling memang karang gigi setebal tebalnya lah kan . 

Lepas scalling tu aku tak ada pengalaman gusi berdarah ke , gigi goyang ke , gigi jarang ke tak . Tak ada . Sama je  keadaan gigi aku before scaling. Rasa gigi lagi bersih , karang karang kuning semua tu dah tak ada 😍 .Kalau ada yang pengalaman gigi jarang / goyang selepas scalling tu maybe gigi asalnya memang jarang tapi tak nampak jarang sebab karang tu dah melekat sekali dengan gigi so dia tutup ruang yang jarang tu,patient ingat tu gigi dia tapi sebebarnya karang. Goyang pula sebab gigi tu asalnya memang dah goyang/rosak tapi tak terasa goyang sebab karang tu "Grip" gigi tu,nampak karang tu macam ada kebaikkan kan tapi tidak sama sekali ianya seperti musuh dalam selimut. haha.Sampai satu tahap dia akan rosakkan gigi patient . 

Baiklah itu je nak share pasal pengalaman aku pertama kali scaling gigi. Sila jaga kebersihan gigi anda sebaik mungkin, aku belajar dari kesilapan lepas, tak tertanggung menahan sakit gigi dulu , sampai rasa tahap nak hantuk kepala dekat dinding dia punya sakit . Now aku suka gilaaaa jaga kebersihan mulut , walaupun agak makan masa nak jaga kebersihan oral sebab kena duduk bilik air lama sikit but aku puas hati bila dah make sure gigi dah dibersihkan dengan cara betul . Paling fav floss! walaupun bagi orang lain agak renyah tapi aku suka sebab puas hati bila dapat keluarkan sisa makananan celah gigi. Baru lah rasa gigi bersih je dan nafas pun tak berbau hehe . 

18 OGOS 2020 
SELASA 
5.14PM 



Comments

Popular posts from this blog

STILL WEARING POWER CHAIN DI BULAN ke 9 DAN 10 :)

BULAN KEDUA PART 2 | BRACKET TERCABUT!

BRACES ? NAK BUAT ATAU TAK ?