BULAN KEDUA | BRACES | PROSES CABUT GIGI
Hyee... Baru ada mood nak update blog,semoga sesiapa yang baca nie didalam keadaan baik baik sahaja, kalau tak okey harap semuanya akan baik baik dan dipermudahkan segalanya, lately nie mood aku tak berapa nak okey sikit. Cepat sensitif dan moody. Okey lets back to our main topic!
17hb 9 minggu lepas aku buat temujanji untuk bulan kedua , seperti aku ada cerita di entry sebelum nie temujanji bulan kedua nie aku akan cabut 2 batang gigi dan bulan ketiga nanti akan cabut lagi 2 batang gigi. Masa nak cabut gigi tu aku tanya dentist nak cabut gigi mana dulu ,dentist kata
Dentist : "ikut awak nak cabut mana dulu,kalau nak atas saya cabut 2 atas dulu"
Aku: "kalau cabut 4 batang sekali boleh ke?"
Dentist "bolehh je, awak nak senang ye ? nak sakit sekaligus ye?" haha .
Aku : "haah sebab malas nak tunggu bulan satu lagi,alang alang sekaligus je senang,tapi nanti tak sakit sangat kan ?
Dentist : "Tak,sakit sikit je"
Aku sebenarnya jangka dentist tak akan bagi cabut 4 batang sebab kebanyakkan blog aku baca dentist tak suggestkan,tapi sajalah mencuba nasib cuba tanya dan terkejut juga dentist kata boleh, dan bersyukur juga sebab boleh buat sekaligus, next month dah tak payah fikir pasal kena cabut gigi lagi dah haha
So dentist teruskan procedur nak cabut gigi, sebab aku nak cabut 4 batang terus ,bahagian atas dan bawah kiri kanan , dentist suntik bius satu mulut and yess ! suntik bius bahagian lelangit memang sakittt!! tapi sakit dia cuma beberapa saat je,so dont scared! cuma terasa lah sakit,dulu masa nak cabut gigi geraham tak kena suntik dekat lelangit, nie kira kali pertama merasa hehe .Lepas dah suntik bius tu dentist biarkan skjup sambil tu dia potong dawai braces baru . Lepas beberapa saat ke minit kot dentist mulakan proses cabut gigi, seriously masa cabut tu memang skjup sangat sangat dan of course lah tak sakit kan tapi entah kenapa aku rasa nerous gilaaa haha,masa dia nak start cabut tu dentist tanya dulu ada rasa sakit tak ? dia just tanya nak make sure bius tu work well or tak,lepas dah cabut 1 gigi aku rasa macam okey 1 dah selesai 3 lagi dan tiber rasa nervous haha rasa macam banyak pula kena cabut, masa gigi tarik keluar tu kita dapat rasa cuma feeling numb , tak rasa sakit cuma dapat rasa ada benda ditarik keluar .
so lepas dah selesai cabut, dentist pakaiakan dawai baru dan rubber band baru,bulan kedua nie aku nak pakai hitam tapi hitam habis so aku ambil warna grey, seriously warna grey nie lebih cantik dari warna biru ,nampak lagi sesuai dengan muka aku,nampak braces tak terlampau menyerlah. Memang ada tengok orang pakai grey cantik tapi tak pernah terfikir nak pakai sebab aku more focus nak pakai warna dark but it turned out sooo prettyy ! rasa macam lepas nie nak pakai warna grey je haha tapi of course lah tak kan,nak juga try warna lain.
Dentist bagi ubat antibiotik,pain killer,kapas dan 4 batang gigi aku yang dah dicabut tu haha . Sekali lagi aku bersyukur pakai braces time pkp,sebab mulut aku kena sumbat kapas kiri kanan mulut,dan muka aku nampak macam bengkak bila gemam kapas dan darah pula banyak! kapas aku cepat gila penuh dengan darah,kena kerap tukar kapas,nasib pakai mask so boleh cover muka sis . Nanti aku masukkan gambar :) Balik dari klinik aku terus makan ice cream,lambat juga darah aku nak stop tapi makin berkurang , esoknya pun aku terasa darah lagi tapi tak perlu kapas dah, aku pakai kapas dalam 3 4 jam je bila darah dah kurang aku tak sumbat kapas dah .Dalam masa 24 jam lepas cabut gigi tak boleh makan benda panas,tak boleh sedut guna straw,tak boleh meludah,tak boleh berkumur dll. Nak cabut gigi sila google benda yang tak boleh dibuat 24 jam selepas cabut gigi kalau tak nak kena infection . Benda sejuk digalakkan.
Sebelum bius habis aku cepat cepat telan pain killer,itu sebaiknya ,jangan makan pain killer bila terasa sakit tu tak boleh ditahan . Rasa sakit cepat cepat makan pain killer dan before habis bius makan pain killer,itu petua yang aku dapat so far bila buat macam tu tak rasa sakit,cuma rasa denyut dan tak selesa je. Disebabkan nak jaga tempat bekas cabutan gigi aku tak makan nasi etc,aku makan benda lembut je,hari pertama aku makan bubur je,hari kedua aku makan fishcake marrybrown,kelakarnya siang gigi blah kanan tak boleh mengunyah,malam gigi bahagian kiri tak boleh mengunyah haha tapi hari ketiga aku dah start makan nasi, kali nie ketatkan braces proses boleh mengunyah tu lagi cepat so aku tak kebuluran macam first time pakai braces hari tu dan yess memang agak susah nak mengunyah bila 4 gigi tak ada T_T . Sekarang nie kalau orang bercakap dengan aku masa aku tengah mengunyah aku boleh angguk geleng je sebab aku dah tak boleh bercakap sambil makan , sebab bila aku cakap dan masa sama nak mengunyah jadi tak selesa dan sedikit sakit. Kadang orang sekeliling tak faham,kalau boleh deme nak kita bagi respon masa tu juga,nak kita bersuara masa tu juga huhu dan masa aku makan memang lamaaa,sebab aku kena mengunyah slow slow huhu .Aku nie dah lah memang jenis makan slow slow bila dah tak ada gigi nie lagi slow aku makan . Pity me but ist okey :)
Hari kedua ke ketiga aku tertembak water floss dekat kawasan bekas gigi dicabut,tak lama lepas tu tiber sakit sangat sampai kena telan pain killer,rasa sakit tu macam sakit gigi tangkap ke kepala huhu. Sehari je aku rasa macam tu,lepas tu dah okey cuma aku maybe ada ulser dekat dua bahagian gigi aku blah atas, dekat kawasan gigi dicabut tu,kalau tak hari nie aku nak jumpa dentist tapi dia dah berpantang, aku ws dentist dan dia tanya rasa sakit macam mana? sakit sangat ke dan so on so aku explain rasa sakit macam luka tapi tak sakit sangat,dah berapa hari sakit, dentist kata maybe ulser je , dia suruh aku monitor je . Kalau ulcer In Shaa Allah dalam masa berapa hari akan baik, Aku tak pernah kena ulcer kena ulcer dekat lelangit so sebab tu aku sedikit paranoid dan harap betul lah cuma ulcer sahaja :)
Aku ada tanya dentist agak berapa lama jangkaan gigi aku nak rapat ? dentist kata kalau nak nampak betul betul rapat tu ikutkan within 1 year,kalau nak nampak rapat sikit sikit tu less than 1 year,apa pun depends pada orang,biasa akar gigi jenis pendek cepat,kalau jenis akar panjang lambat sikit. Aku tak tanya pula aku punya gigi nie akar pendek ke panjang haha. Oh ya aku sebenarnya ingat gigi aku bahagian betul betul depan yang kena cabut rupanya bukan , dentist kata hari tu gigi taring so aku ingat gigi taring yang depan nie rupanya yang belakang sikit so bila aku senyum tak berapa nampak pun gigi rongak haha,dentist pakaiakn rubberband tebal dekat bahagian gigi yang kena cabut so tak menampakkan sangat gigi rongak tu . Nanti aku letak gambar,aku menaip guna laptop, laptop nie pula laptop lama , tak boleh nak bluetooth gambar dekat laptop nie so aku akan masukkan gambar dekat sini guna phone .
So kerisauan aku terhadap gigi ronggak pun dah selesai , hehe . Tapi aku still nampak hodoh dalam gambar, unless guna filter baru kurang sikit nampak hodohnya kekekekeke ... Essential kits aku sekarang sebagai seorang pengguna braces adalahhh ~
ubat gigi (no whitening ingredient ) - berus gigi klinik bagi - water floss - wax (bila perlu ) dan mouthwash/oradex .
sejak ada water floss aku dah tak guna dah interdental brush dan floss jenis benang tu, water floss do the all work done ! water floss bagi aku memang sangat diperlukan untuk orang berbraces atau pun tak berbraces , u guys should invest water floss too, they do the work faster and they work well more than decent floss dan interdental brush . haha . Dentist pun puji kebersihan gigi aku tau . Oh ya sedikit info tentang cara pembersihan mulut yang aku dapat dari beberapa artikel /video
Jangan gosok gigi lepas makan , tunggu 20 minit baru boleh berus gigi kalau tak gigi cepat reput or something like that (aku lupa mana aku letak link video penerangan pasal nie , will put later if i found that link) better just wash out with water floss,dentist tu kata water floss pun memadai sebab water floss remove sisa makanan ,so basically no sisa makanan no bakteria tapi tetap kena gosok gigi lah but before 20 minit lepas makan lebih baik guna water floss than brushing our teeth.So basically lepas makan aku akan tembak dengan water floss je , tanpa berus gigi sebab aku malas nak tunggu 20 minit tu , tak selesa biar sisa makan terlekat dicelahan braces lama lama huhu . Yes i know pakai braces nie kena gosok gigi 3 atau 4 kali sehari. Aku gosok gigi Pagi, petang , malam dan before tidur tapi sebab aku cuma makan 3 kali sehari jadinya aku cuma gosok gigi 3 kali je, 4 kali tu jarang buat but i do cleanse use water floss.
Jangan kumur lepas gosok gigi . Masa aku dapat tahu aku macam pelik sebab selama nie kita diajar kena berkumur lepas gosok gigi kan ? tapi sebenarnya kita kena ludahkan sisa sisa ubat gigi tu je, ludahkan sampai tak ada sisa sisa yang boleh diludah,faham tak ? haha sebab florida dalam ubat gigi tu dapat melekat ke atau buat kerja dengan baik pada gigi kita bila kita tak wipe out using water (for more info sila google ) dan must wait 20 minit to use moutwash! Seriously aku susah gila nak adapt but must do ! haha . So basically aku punya step macam nie . Gosok lidah dulu - guna water floss - berus gigi dan ludah sisa sisa ubat gigi. Lepas tu cuci muka, mandi dan before keluar bilik air baru kumur dengan mouthwash , tak lah sampai 20 minit aku mandi tapi bagi aku asal tak wipe out right after brushing okey kot hahaha . Kadang kalau mood nerd aku sampai aku kumur mouthwash lepas makan pagi atau lunch .
Kalau aku makan dekat luar bila sisa makanan tersekat dekat braces aku cuma kumur dengan air kosong (sorry kalau ada yang geli ) dan tolak sisa makanan dengan lidah , asalkan tak ada nampak di celahan braces aku okey je, balik rumah terus bersihkan betul betul guna water floss dan berus gigi . Lupa nak cakap kali nie ketatkan braces tak ada rasa pressure kuat macam hari tu , rasa tak selesa dalam 2 3 hari je sebab aku ada cabut gigi kan selepas dari tu rasa okey je, ada lah kadang rasa pressure tapi okey je . Cuma sekarang nie kena berlawan dengan rasa tak selesa ulcer je. K lah rasanya sampai sini je kot celoteh aku hari nie , nanti aku masukkan gambar (if im not forget ! :D ) k tataaaa.....
KHAMIS24 SEPTEMBER 2020
Comments
Post a Comment