30 DAYS | BRACES



Dah lama tak menulis dekat sini . Pejam celik pejam celik khamis 17hb 9 nie dah genap aku pakai braces selama sebulan ! so 17hb 9 nie jumpa dentis semula untuk cabutan gigi dan tukar getah braces .


So after 2 week pertama pakai braces hari tu dah tak ada masalah nak gigit makanan.Semua gigi berfungsi semula. Cuma aku jadi hilang selera nak makan sebab rimas makanan asyik terselit di celahan braces 😅 Dia punya tahap rimas tu sampai turn off terus mood nak makan . Sekarang nie makan apa semua tak habis . Huhu 


Setakat nie aku tak nampak apa apa perbezaan pun, ulser kadang ada kadang tak ada,naik bila aku kurang minum air kosong,disebabkan ulser naik dekat bahagian dalam mulut yang susah aku nak capai untuk letak ubat so aku kumur pakai oradex je,oradex mouthwash khas untuk treat ulcer tapi tak boleh pakai long use sebab ada side effect,pakai bila ada ulser SAHAJA atau oral surgery after tu kena stop pakai dan guna daily mouthwash (listerine , colgate dll) 


Bab makan macam keropok apa semua aku ada je cuba cuba untuk makan (TERlanggar pantang pula 🙈) tapi agak struggle juga lah nak gigit tapi okey lah buat rasa sikit untuk hilang kempunan. Seaweed pun agak struggle nak makan ,benda kenyal /keras memang aku susah nak kunyah . 


Rasa pressure dekat gigi pun dah tak ada lepas 2 minggu tu , cuma beberapa hari nie ada sebatang dua gigi bahagian depan rasa pressure balik,ada tanya pada kekawan yang pakai braces deme kata tu normal,means ada gigi yang gerak . 


Dah booking untuk appointment next week lepas tu tiber rasa nervous pula. Tak takut pun nak cabut gigi tapi tak tahu lah kenapa tetiba nervous . Cuma aku agak risau dengan penampilan gigi rongak selama beberapa bulan . Ada baca katanya 3-6month juga gigi nak rapat . 


Bulan 10 ada kenduri family,macam mana lah rupa aku nanti dalam gambar . Sekarang nie pun dah rasa hodoh sangat bila bergambar , nie lagi lah nanti gigi rongak 😂 . Aku sebenarnya nak req dentist cabut 4 batang terus , alang alang nak ronggak biar sekali jalan . Nanti rapat pun sekali jalan je tapi tu lah aku ada baca yang dentist biasanya tak galakkan buang serentak sebab nanti susah nak makan/susah nak jaga . Tengok lah nanti macam mana 😊 


SABTU 

12 SEPTEMBER 2020

9.20PM

Comments

Popular posts from this blog

STILL WEARING POWER CHAIN DI BULAN ke 9 DAN 10 :)

BULAN KEDUA PART 2 | BRACKET TERCABUT!

BRACES ? NAK BUAT ATAU TAK ?