BULAN KETIGA | POWER CHAIN!
Holaaaa dan hyee kepada yang membaca walaupun sis tahu tak ada siapa yang baca tapi kita feeling feeling macam ada orang baca HAHA
sometimes aku rasa bila tulis blog nie macam tengah tulis report,haha .. Before nak celoteh panjang lebar, nak throwback sikit pasal kes braket tercabut . Serious 14 hari pengalaman braket tercabut buat sis insaf dan lebih berhati hati masa makan. Hari ke 3 dan seterusnya it was a nightmare to me. Habis bercalar balar pipi dalam sampai naik ulcer dan pipi bengkak. Nak cakap pun sakit,nak makan dan gosok gigi apatah lagi tsk tsk..
Tapi ku kentalkan hati tahan tak nak buat dekat klinik lain sebab nak jimat duit. Nasib hari appointment tu bengkak dah makin surut,klinik aku tak ada minta balik hook lama,dia pasangkan je yang baru. Dentist pun tak membebel tak apa,aku just inform je dia bahagian mana wayar dan hook yang tertanggal. Disebabkan dentist baru habis pantang jadinya klinik ramai giler patient,aku pun tungu nak dekat satu jam,biasa aku tunggu dalam 20 ke 25 minit je paling lama .
Hari appointment aku lewat 30 minit sebab kawan yang aku biasa pergi sama sama setiap kali temujanji dengan dentist tu tak sihat jadinya aku ada sedikit masalah transport,so begitulah ceritanya kenapa aku boleh terlewat (to my self in future please remember this ) haha .
Appointment aku sepatutnya setiap 17hb tetapi dah bertukar pada tarikh 26hb,walaupun lewat 2 minggu,janji dalam bulan yang sama, Aku kalau boleh tak nak lari dari timing date sebab kalau boleh nak cepat cepat selesai hahah tak sabar kann padahal sebenarnya risau terguna duit yang dah saving untuk braces kah kah . Tetapi aku terpaksa reschedule balik date aku untuk next appointment pada 28hb . Sebabnya aku dengan kawan aku dah buat kata sepakat next appointment nak pergi sama sama juga,aku pun okay je sebab aku ada masalah transport,kalau naik dengan dia senang sikit, kenapa kena 28hb ? sebab kawan aku tukar rubber band dan dawai date 28hb tu, braces nie kena tukar semua tu selepas 4 minggu tak boleh awal. Dah begitu rawatannya. Harapnya kekal lah date tu untuk setiap kali appointment,tak nak dah delay date lagi . Tapi mampukah kami stick pada appointment together sampai ke akhir rawatan braces nie ? nantikannnn ... haha
SO BACK TO OUR MAIN TOPIC . 26/10/2020 aku jumpa dentist,smpai klinik pukul 12,pukul 12 nak ke pukul 1.00pm ku di jemput masuk ke bilik rawatan , dentist cek gigi apa semua lepas tu dia macam mumble sesorang ,tak jelas dia kata apa . Lepas tu aku ada tanya berkenaan stain dekat gigi depan aku nie,dia kata tak ada cara lain dah,whitening pun tak function. huhu sedih, dia suggest aku guna veneer . hmm nanti je lah fikir. Lepas dah cek apa semua dia buka wayar dan rubber band semua, dia scalling tak silap aku dekat satu ke dua gigi entah,rasa macam dua tak sure tapi skjup je . Dia tak complain pula kata gigi kotor ke apa,dia diam je. So next dia pasang semula wayar dan rubber band , warna rubber band,aku dah pilih awal masa buat pendaftaran dekat kaunter.
Masa pasang tu aku rasa kali nie lama pula,lepas tu kuat pula rasa pressure dan rasa tegang,dawai dan rubber band pun rasa tebal, perasan dentist lilit lilit dawai dekat hujung gigi, before nie tak pula rasa gitu . Masa nie bibir aku dah start kering so terasa sakit sikit bila nganga lama tapi before tu dah pakai lipbalm siap siap.Pelik juga nie kenapa dah terasa pressure kuat. Before nie lepas sejam dua baru rasa pressure. Lepas siap semua tu baru lah dentist bagi tahu dia pakaikan aku power chain. Macam mana rupa power chain ? macam gambar dekat bawah nie,power chain nie tebal dan tutup dawai braces, so warna dia lagi menyerlah .
Beginilah rupa power chain
Ini rupa sipemakai braces tanpa power chain
Aku macam terpinga pinga kejap,sebab setahu aku power chain nie pakai masa dah nak dekat hujung treatment lepas tu susunan gigi dah cantik dan ada gigi dah gerak sikit .So aku pun tanya dentist gigi saya dah gerak ke ? dentist kata belum,pakaikan sebab nak bagi gigi gerak . So aku pun ooh okayy. Rupanya ada faktor lain juga kena pakai power chain, antaranya kalau gigi depan dan belakang macam tak selari, gigi depan ke atas,gigi belakang ke bawah so nak tarik bagi dia ke posisi sama dan sepatutnya dentist akan pakaikan power chain (sumber google) macam kes aku nie maybe sebab aku ada gigi jarang dan ada 4 gigi kena cabut so dentist nak bagi dia cepat rapat dan gerak maybe sebab tu bulan ketiga nie dia pakaikan terus power chain, oh ya gigi depan aku yang senget pun dah rata tauu . sis macam woww !! no more gigi senget . haha .
Benda buat aku frust is dentist aku nie tak restock lagi warna rubber band, haha geram tauuu tak boleh pilih warna dark, stok yang ada semua cerah dan tak cantik haha .Lucky that ada warna yang aku rasa sesuai nak pakai , aku ambil warna hijau turqoise. So gigi aku nampak putih dan aku nampak fresh look gitu. Aku kan sebenarnya dah plan bila dah tiba masa kena pakai power chain nie aku nak pakai warna hitam je,sebab ada yang kata dan suggest power chain nak selamat pakai warna hitam sebab tak cepat kotor,warna lain cepat kotor . So bear in mind ye nisa, pelease be carefull what you eat after this cause you have no choice .
Aku tak expect yang aku akan dipakaikan power chain secepat ini dan aku sangat lah takut , sebab 99% pengguna braces kata sakit pakai power chain nie 2x ganda sakit dari pertama kali pakai braces . Ada kata paling lama 2 minggu . Macam biasalah tak boleh mengunyah,makan bubur je .
Aku macam oh noooo !! tak sedianya nak kena berlapar balik macam bulan pertama pakai braces,ada yang kata sakitnya sampai tangkap ke kepala , tak boleh tdur, nak gosok gigi dan cakap pun sakit . Gerunnnnn sis baca semua pengalaman orang. huhu . Tapiiii meh sini sis cerita pengalaman sis pula.
Pengalaman aku banyak juga persamaan dengan cerita pengguna braces yang lain. Masa dentist pasangkan tu memang terasa pressure tapi tak terus rasa sakit, lepas 1 jam baru start rasa tegang dan pressure kuat, memang ye rasa dia macam pertama kali pakai braces, gigi tak boleh terketak sesama sendiri . Masa balikk dari klinik aku cepat cepat makan nasi , ikan , sayur labu dan bergedil . Aku ambil makanan lembut je sebab awal awal pakai power chain kena makan benda lembut. Before rasa pressure dan tegang makin kuat memang aku cepat cepat makan, dan nasib baik lah masa tu aku sedar diri, aku ambil lauk ikan kembung masak lemak dan sayur labu . Dua dua tu boleh buat power chain aku bertukar warna,so aku tak ambil kuah,aku cubit je ikan dengan sayur labu tu jadinya power chain sis terselamat dari bertukar warna, gila kauu kalau hari pertama pakai power chain dah bertukar warna.haha
So lama sikit tu,memang rasa pressure kuat dan tegang,paling terasa bahagian mulut aku blah kanan,apa lagi cepat cepat makan ais krim so rasa sooth sikit, malam pula memang terasa kuat pressure dan tegang, sampai buat aku malas nak cakap tapi potpet juga mulut nie haha . Memang tarikan power chain nie lagi kuat terasa tapi tak ada lah sampai tahap sakit nak guling guling tu ,sakit masih mampu ditahan. Bila dah terasa macam makin kuat sikit sakitt aku terus makan pain killer . Masa gosok gigi yess memang terasa sakit ! Kalau dulu aku tak rasa pun sakit,ini rasa sakit dan pressure kuat huhu . paling kuat bahagian kanan tapi aku tahankan je rasa sakit janji gigi aku bersih. Malam tu aku rasa tahap sakit dia mild je, tak teruk sampai ganggu tidur pun, maybe sebab dah makan pain killer siap siap. So begitulah kisah hari pertama lepas pakai power chain, hari kedua rasa makin kurang dan sehingga hari nie rasa pressure dan tegang tu macam hari hari lain pakai braces.
Cuma makan je aku masih tak boleh nak gigit benda tebal,macam isi udang , sotong , kentang dan lain lain yang sedikit tebal dan keras tapi aku boleh je makan nasi , ikan dan ayam . Tak ada pun kena makan bubur . Boleh je mengunyah, so aku beryukur lah pakai power chain nie tak seteruk macam bulan pertama aku pakai braces, bulan pertama memang aku tak boleh langsung mengunyah ! memang kena telan je terus , Power chain nie tak , boleh lagi mengunyah ,oh apa aku perasan gigi depan aku yang dah rata nie dah tak kuat berdenyut,kalau tak before nie rasa kuat berdenyut dan rasa pressure.
So begitulah cerita sis, rasa dah tak ada apa kot nak story , itu je kot . Kalau ada apa apa nanti aku akan update lagi .Daaaaa ~
29 OCTOBER 2020
SELASA
7.24PM
Comments
Post a Comment