POWER CHAIN BULAN 4

 

Bulan nie kita pilih power chain warna Hitam

Hyee kembali lagi kita menulis di blog,masuk bulan keempat nie dah tak banyak rasanya benda nak dishare, so sebulan pertama pakai power chain tak ada masalah sangat,cuma rasa pressure,tegang dekat gigi tu benda biasalah kalau pakai braces nie.

Power chain nie buat aku jadi tak suka bergambar,sebab macam nampak buruk haha,power chain nie kan tebal so dalam gambar macam nampak over sangat power chain nie. Pastu lidah aku selalu terluka setiap kali aku nak tolak makanan yang terselit di celahan braket ,sampai berdarah lidah .Dia tersangkut antara lubang dengan besi power chain,power chain dan  braket blah kiri atas je yang buat lidah aku terluka,bahagian lain okey je tapi serious sakit,so memang kena guna floss atau iterdental brush kalau nak buang sisa makanan dekat situ(ini pengalaman aku,orang lain rasa semuanya okey je)

Bulan nie aku memang berhati hati sangat makan,benda keras memang aku tolak jauh sebab tak nak ada masalah dekat power chain nie,cuma warna hijau turquoise nie tak pula bertukar warna, dia cuma pudar sikit je . Tapi pakai braces nie buat aku tak boleh langsung menikmati makanan. Kadang letih mengunyah slow slow,lepas tu bila makan je makanan terus tersangkut dekat braces,jadi tak selesa terus. haha. Setiap kali makan bila makanan terus tersangkut,aku akan ambil masa untuk tolak sikit makanan yang tersangkut dekat barces dulu,baru boleh suap makanan seterusnya dalam mulut . 

Pakai braces kali nie aku terasa timing nak appointment lamaa sanagatttttt. Biasa aku rasa sebulan tu skjup je,so aku sangat memahami bila patient delay appointment,memang sebulan rasa skjup je,rasa macam minggu lepas baru je ketatkan braces apa semua tiba kena tukar dah haha , cuma bulan nie aku terasa lama maybe sebab aku tukar date appointment .

Sepatutnya date aku tukar braces 28hb,tapi aku saja je tanya dentist boleh ke kalau nak book date 26hb dengan kawan aku biasa pergi tu,sebab dia tukar hari tu 28hb tapi 26hb nie boleh ke kalau dia nak buat appointment juga atau kena 28hb juga since dentist pernah kata braces nie rawatnnya kena 4 minggu baru boleh tukar apa semua tapi tiba dentist reply ws kata boleh je. So tak jadi book date appointment 28hb seperti yang aku ada story di entry lepas,terus book date 26hb iaitu hari nie lah . 

Aku book pukul 11.30 pagi,tapi lewat 5 minit macam tu,11.24am dentist tiba ws tanya "datang tak?" pelik pula kami,biasa dia tak pernah ws haha,tak tahu lah kenapa dentist whatsapp,dalam 11.35 macam tu kami sampai, Elok kami daftar apa semua patient dah mula ramai masuk klinik. Prodesur sama juga,pilih siap siap warna rubber band dan buat pembayaran terus dekat kaunter pendaftaran .

Kali nie warna dah ada banyak pilihan,ingat nak ambil warna dark purple tapi sebab dah memang nak ambil hitam je bila dah pakai power chain nie so proceed pilih warna hitam . Kali nie tunggu tak lama,lebih kurang 5 minit je terus dentist panggil masuk bilik rawatan .

Pasang dawai dan power chain pun skjup je tak lama macam hari tu,kali nie tak ada scalling tak ada apa.Terus proceed buka dan pasang je,cuma masa nak buka tadi terasa sakit sebab ada bahagian power chain aku nie dia keatas kena ke gusi so masa dentist nak buka dia tertekan kuat dekat gusi tu, satu bagus dentis nie kalau dia terbuat sakit dia akan minta maaf haha . 

oh ya masa buka braces biasanya tak sakit pun cuma rasa pressure bila dentist nak tarik dawai keluar je,pasang pun tak sakit cuma rasa pressure je, rasa macam gigi kita ditekan tekan. Cuma pakai power chain nie pressure dia kuat so sakit sikit,sakit sikit je,sakit yang boleh ditahan, Nothing to afraid. haha

Bulan keempat nie aku masih lagi dipakaikan power chain atas bawah,kawan aku pula bulan nie dia hanya pakai power chain atas je,bawah dah tak pakai . So setakat nie itu je kot nak share,gigi tak tahu lah ada improvement ke tak sebab tadi nak tanya dentist tapi lepas dia siap buat braces aku dia terus pergi bilik kedua sebab dah ada patient tunggu dekat bilik satu lagi tu so tak sempat nak tanya apa,cuma gigi aku yang asalnya dah jarang sejak azali tu lagi sikit je nak rapat. k Itu sahaja sharing hari ini. Sekian...

26 NOV 2020
KHAMIS
6.53PM

 

Saja nak update setelah beberapa hari pakai power chain untuk bulan kedua nie, so far tak ada masalah . Sakit hari tu pun sehari itu pun mild je still boleh mengunyah . Lepas tu kan gigi aku yang jarang dari dulu lagi tu dah rapattt!! memula aku tak perasan perubahan sangat sebab aku ingat gigi aku memang tak berapa jarang , so baru baru nie aku perasan gigi depan aku dah rapat lepas tu saja scroll balik gigi jarang tu masa bulan pertama pakai, rupanya dulu memang gigi aku jarang betul,so bulan ketiga aku dah nampak perubahan macam gigi tu dah makin rapat tapi ingat kot memang gigi tu jaraknya macam tu,bulan keempat nie bila dah nampak gigi dah makin rapat dan bila scroll balik pic lama baru perasan .

Masa bulan pertama pakai gigi aku jarang dan senget, masa bulan kedua dah tak senget ,masa bulan ketiga dah nampak gigi makin rapat,bulan keempat nie gigi dah rapat. YEAYYY !! tinggal nak tunggu gigi yang kena cabut je rapat. 

Braces warna hitam nie bila tengok balik cantik pula haha , satu lagi bila nak makan rasa tak payah nak jaga sangat makan risau warna braces bertukar ke apa, semua aku makan je. Part paling best selama 4 bulan aku pakai braces ramai puji kata gigi nampak bersih, tak kotor dan nampak putih,sebab mostly dorang kata nampak si pemakai braces gigi dorang nampak kotor dan kusam . Im lucky that im choose the right colour. hehe . Actually aku pun pernah perasan , aku ingat benda tu biasa , so aku pun dah fikir nanti bila dah pakai braces mesti gigi aku nampak kusam dan kotor macam tu rupanyaa kalau kita pandai pilih warna , gigi kita akan nampak bersih putih . 

Banyak benda aku expect akan jadi pada diri aku rupanya tak ,pengalaman aku tak sama macam si pemakai braces lain, dulu aku fikir lepas nie kena senyum menyengih nampak gigi je lah tapi rupanya bulan ketiga dah boleh senyum tak nampak gigi tak perlu nak menyengih je . Aku ada juga scroll gambar lama masa tak pakai braces, serious gambar tak ready yang menampakkan gigi lebih buruk dari halimah jongang,sekarang bila tangkap gambar nampak gigi dah tak berapa hodoh sangat dah mukanya haha . Lepastu pasal sakit dan macam macam lah rupanya tak lah apa yang si pemakai braces lain rasa semua tu akan berlaku pada aku , dia depends pada orang sebenarnya hehe 

so far aku masih menjaga kebersihan braces tanpa culas,hendaknya aku dapat lah disiplin terus sampai lah tamat tempoh rawatan berbraces nie hehe , In Shaa Allah . Aaminnnn. 

1 DEC 2020
SELASA
4.14PM







Comments

Popular posts from this blog

STILL WEARING POWER CHAIN DI BULAN ke 9 DAN 10 :)

BULAN KEDUA PART 2 | BRACKET TERCABUT!

BRACES ? NAK BUAT ATAU TAK ?