BRACES | POWER CHAIN BULAN KE 11
APPOINTMENT BULAN YANG KE 11
DATE : 28 JULAI 2021 ( RABU)
10.30 AM
Power chain warna dark blue
Untuk bulan 10 aku terlupa lagi nak ambil gambar dan video gigi,ohtoke ?asyik terlupa je . Dah tak dapat record progress perbezaan gigi every month, huhu. Sebab busy dan banyak sangat benda kena fikir sampai terlupa,masa nak pi appointment bulan nie tak terfikir langsung nak take pict n buat video huhu, sis frust dengan diri sendiri.
Bulan lepas paling tak sabar sebenarnya nak jumpa dentist,nak tukar warna rubber band,sebab warna dah buruk dan nampak kotor sangat,warna kuning jadinya 😭 , tak faham dengan diri sendiri,masa memula pakai braces dulu cam bijak sangat nak buat pemilihan warna setiap kali appointment,now dah lupa diri,astu bertembung pula dengan raya haji, makan kuah lodeh ,lagi bertukar lah getah rubber band kita. haha
Back to our main topic,so bulan nie punya appointment , aku pilih warna dark blue, now pun dah bertukar warna sikit but still okay lah warna dia, rasanya sebab minum teh dia bertukar warna, sebab tak ada makan makanan yang buat warna getah bertukar pun this month macam kari , masak lemak etc.
Masih lagi dengan full power chain untuk gigi atas dan power chain hanya kiri dan kanan saja untuk gigi bahagian bawah TETAPI bulan nie aku kena pakai getah, baru je bulan lepas cerita pasal topik nie , actually aku memang expect aku akan dipakaikan , cuma bila dentist kata gigi dah makin rapat , so maybe treatment getah tu tak perlu tapi rupanya kena pakai, but still ada rawatan aku expect aku akan dapat tapi tak , rawatan tak sama macam pengalaman braces user yang lain .
Bila dah setiap bulan pakai power chain, rasa sakit tu biasa je , just rasa pressure je dalam 1 ke 2 hari, memang dalam 1 ke 2 hari tu makan bubur or benda lembut macam macaroni, lasagna , kek dan buah buah lembut macam pelam,dragon fruit , apa apa je lah tekstur yang lembut , roti semua tak lepas nak makan sebab roti kan tekstur dia liat sikit ,
TETAPI sebab bulan nie aku dipakaikan getah yang macam gambar dekat bawah nie , pressure dia agak double , dannnnnnnn paling MENYUSAHKAN ! kenapa menyusahkan ? ye lah sebab nak makan dan gosok gigi kena buka 😂 setiap kali nak makan kena buka, dah lah getah tu kecil je,masa awal awal asyik terhilang kan je, terlupa nak buka lah , terlupa nak pakai semula lah . aduiii haha
aku kena pakai jenis gini,kiri kanan.
Sebab aku kena pakai getah nie dentist kata gigi atas aku yang lompong sebab kena cabut dulu tu lagi sikit je nak rapat,tapi maybe macam tak ada pergerakkan dari bulan lepas sebab tu kot dia suruh pakai, sebab kan dipakaikan power chain aku tak berapa nampak sangat gap gigi tu sama ada dah rapat atau belum,cuma bila tengok dari cermin,tengok dah rapat je, bila aku cuba masukkan jari nak agak gap tu, lepas kuku je masuk,dentist pun tak ada pula kata dia tak gerak dari bulan lepas ke apa,cuma dia kata "lagi sikit je nie nak rapat,saya bagi awak pakai getah ya". Dia kata gitu je,pastu dia ajar cara pakai, "getah nie nanti sambung je dengan hook braket bawah," dekat braket braces memang ada hook , tapi tak semua diletakkan , dekat gigi tertentu je, masa first nak buka tu seram juga lah sebab takut tersalah letak semula bila nak pakai balik nanti,sebab confius gigi aku ada 2 hook belah bawah , tapi aku tawakal je, dah ambil gambar before buka getah pun cam tak membantu sebab bila ambil gambar ,gambar tak berapa jelas bila ambil gambar close up haha . aku pun tawakkal je nie kalau aku dah pakai dekat tersalah hook , dah lah sebatang gigi aku blah kiri yang dipakaikan getah nie kerap sakit,sakit dia tu kadang sampai denyut denyut ke kepala sampai aku cabut terus getah bila tak tahan sakit . huhu, setiap kali guna floss water tu pun rasa sakit dia gitu, sakit sampai ke kepala, sampai aku jadi takut nak floss,If minum air sejuk / panas pun dia trigger sakit yang sama,macam dah jadi gigi sensitif pun ada . If sakit je lagi sampai next week aku nak contact dentist sebab risau aku terpakai dekat hook yang salah atau benda tu normal .
Getah nie pun kadang bila dah makan terlupa tak tanggal lagi so kadang aku tak tanggal ,makan je terus , kadang tu tanggal bila makanan dah start sangkut dekat getah ,or susah nak mengunyah,tengok lah apa yang aku makan,kalau benda yang tak perlu gerakkan besar sangat macam makan buah or benda lembut aku tak buka pun , sebab bila dah buka mesti lupa nak pakai,aku nak disiplin sebenarnya pakai getah nie,sebab cepat gigi rapat,next month tak perlu pakai dah , gigi bawah yang lagi sikit nak rapat tu pun macam tak ada perubahan sangat,risau juga yang itu pula kena pakai next month haha . tak mau dah pakai , susah nak simpan dan jaga , asyik lupa je once dah buka. Sampai aku kena letak dekat tempat aku senang nampak .
Dulu ada baca dekat blog tak silap, yang if kita dipakaikan getah nie better ingat atau simpan plastik getah kita , if habis nak beli lagi senang nak beli if ada plastik dia, sebab setiap gambar haiwan dekat plastik tu sebenarnya menunjukkan size getah ,macam aku , aku dapat plastik getah gambar arnab . Katanya klinik tak simpan record size getah yang diberi dekat kita, but tak tahu lah , depends on klinik, sebagai langkah jaga,simpan or ingat plastik getah kita gambar haiwan apa . Macam getah nie bila dah rosak atau terputus baru replace dengan getah yang baru . Tapi biasanya tukar sebab dah terhilangkan , aku lah tu haha.
gambar dari google
macam nie rupa getah tu,kecil je
Masa first time nak pakai sendiri agak struggle ya , lepas kali kedua nak pakai semula tu baru tahu cara dan senang nak cangkuk semula dekat setiap hook dia, tapi agak seram sikit kalau kita dah tarik getah nak cangkuk dekat hook yang lain or nak buka getah tu, pastu dia terlepas dari jari kita, agak sakit bila terlastik mulut sendiri dengan getah tu haha, tak tahu lah pengalaman orang lain, masa awal awal pakai tu gitu lah pengalaman aku, sakit juga lah bila terlastik tu, just be carefull, susah aku nak explain kan cara pakai , cara buka, tapi sapa yang pakai tu tahu lah agak cemana nak buka n pakai. Rasanya ini je kot pengalaman yang nak dikongsikan . If ada apa apa pengalaman lain aku ingat dan nak share , aku akan update lagi . Byeee...
KHAMIS
5 OGOS 2021
6.52PM
Comments
Post a Comment