APPOINTMENT BRACES BULAN KE 13 - 15 BULAN

 


APPOINTMENT OCTOBER 2021 ( bulan ke 13 ) 

Dah 3 bulan tak update blog , untuk appointment pada bulan October  ( temu janji yang ke 13 ) banyak benda nak share sini dan cam biasa , banyak juga lah dah lupa 😅🙏🏻

Seperti yang di cerita masa temujanji bulan september, aku still kena pakai rubber band , aku kena pakai macam gambar ke dua tu ( adjust the bite ) untuk kiri dan kanan . 

Tapi masa bulan september aku tak berapa disiplin, haha . Aku banyak kali terlupa nak pakai setiap kali dah buka , kadang 2 3 hari tak pakai . So memang rasa lama lagi lah nak stop pakai rubber band nie kalau asyik lupa nak pakai je. 

Bila pakai rubber band tu rasa gigi tegang pula tak kerap , ada masa tertentu je but tak sakit , cuma rasa leceh sikit lah kan pakai benda alah tu sebab kena buka then pakai,pastu aku banyak kali hilangkan rubber tu . 

Cuma aku kerap tukar rubber band tu, kadang satu hari atau 2 hari aku dah pakai yang baru , malas nak pakai rubber yang sama sebab benci betul bila tengok dia dah kembang plus stok rubber band pun banyakk sangat sangat,sampai sekarang pun stok ada lagi . haha

Masa appointment bulan october memang expect lah doc akan suruh pakai lagi mengenangkan kita ada 2 3 hari dalam setiap minggu miss nak pakai . Gambar gigi pun tak ambit , sebab ingatkan akan sama je , just change rubber band je . 

Tup tup masa appointment bulan october tu doc kata , okay gigi semua dah terletak okay semua,  dah tak perlu pakai . Aku pun cam terkejut juga , nani ?? gituhh haha . Aku tanya juga kenapa still kena pakai juga walaupun gigi dah rapat tapi rupanya function dia bagi kemaskan lagi gigi bukan semata bagi gigi cepat rapat, macam kes aku, doc aku dia nak gigi aku tarik lagi kedalam . Walaupun dah rapat semua dia nak rubber band tu berfungsi masukkan gigi aku tolak ke dalam sikit dan lebih kemaskan lagi kedudukan gigi since kes aku kan jongang . So untuk bulan 10 bebas lah aku dari pemakaian rubber band . Legaaaaa ~ 

Bulan tu aku pilih warna hitam , aku pakai power chain blah atas dan bawah , cuma blah bawah gigi hujung bahgian kanan  je , gigi bawah bahagian tengah dan kiri pakai braces biasa je . So begitulah serba sikit bulan october lepas . Appointment setiap bulan tukar getah dah tak sakit , if tegang pun , setakat rasa sakit tegang biasa je dan susah nak kunyah sikit je untuk keesokkan hari tapi bisanya tak lama dan kita pun tak berapa perasan sangat . Pastu ulcer pun dah tak kerap bertandang , ulcer dulu kerap dapat masa 4 bulan pertama pakai je kot (boleh cek balik story aku untuk awal pemakaian dulu ), now jarang sangat sangat kena ulcer ( apa pun depends setiap orang , pengalaman aku macam tu lah ) so lets move ke kisah bulan November. 

APPOINTMENT NOVEMBER ( bulan ke 14 ) 

Appointment bulan november kali nie warna rubber band aku pilih warna hitam lagi sebab rasa macam malas nak tukar warna lain dan warna hitam paling senang jaga , tak ada risau nak makan apa apa menu makanan 🙈, cuma untuk appointment kali nie fully pakai power chain semula atas dan bawah . Rasa bulan nov nie tak ada nak share apa sangat cuma bab makan je lah 2 3 hari lepas pakai fully power chain atas bawah semula tu bila nak makan susah sikit nak mengunyah tapi still boleh je makan,kena paksa sikit dan tahan sakit sikit jerrrr , dah lama lama tu semua benda dah boleh gigit , dah start boleh gigit guna gigi depan,kalau tak nak gigit burger pun tak lepas , kena cubit sikit sikit then tolak kedalam ,kena guna gigi belakang nak kunyah now semua gigi dah berfungsi dengan baik just kena bear in mind lah kalau gigit benda keras macam buah jambu batu , kerepek ke apa kalau makan sebab risau braket tercabut hehe . 

UPDATE !! 

YA Allah lamanyaaaaaa simpan dekat draft , btw masa aku tulis blog nie dan save ke draft masa tu aku baru lepas appointment bulan November tu dan time tu aku ondway ke Teluk Senangin , meanwhile bosan dalam kereta aku menaip lah blog but lepas tu just tinggal dekat dalam drafts dengan kononya balik dari Teluk Senangin aku nak sambung type  dan habiskan story , tup tup nie dah bulan 3 April 2022 ( 1st Ramadhan) 🤣 Lamanyaaaaa biar cerita tu tergantung . Btw aku ada benda baru nak update 

K aku habiskan story masa appointment bulan November tu ,  aku jadi excited sama nak menaip lepas habis je appointment bulan Nov tu sebab doktor bagi tahu yang aku cuma perlu pakai braces lagi beberapa bulan sahaja . Sebab gigi aku dah masuk elok , dan terususn elok apa semua . So masa appointment tu dia kata dia tambahkan dawai , means aku pakai double wire dekat braces , dia kata bila dia pakai nie akan rasa ketat sikit . Aku tanya sakit tak nanti ? perlu pain killer tak ? Doktor kata “ tak perlu pain killer sebab awak tak rasa sakit cuma rasa ketat je, sebab saya dah tak usik gigi awak apa apa , saya cuma nak ketatkan supaya kedudukan gigi awak lagi firm , lagi duduk elok elok dekat tempat dia” so maksud doktor appointment aku kali tu dah tak pakai braces untuk tarik kedalam gigi atau untuk gerakkan gigi , just pakai braces bagi kedudukan gigi terletak lagi firm je . Gituhhh 

So after beberapa jam memang rasa ketat je , tak sakit . Tak tahu nak explain cemana haha . Dia rasa ketat je gigi tapi no pain , bila nak makan je terasa ketat , patutlah aku dah boleh bedal makan semua benda , rupanya sebab gigi tu dah elok apa semua , just kena hati hati sebab risau braket tercabut je lah 🙈 itu je kot cerita bulan Nov time tu haha . Banyak benda lupa dah .Jom sambung appointment bulan December pula . 


APPOINTMENT DECEMBER 2021 ( bulan ke 15 )

Aku rasa untuk appointment bulan nie aku make it short sebab banyak benda lah aku lupa 😅 Aku still datang appointment just untuk tukar rubber band , dan sama juga lah aku dipakaikan double wire lagi , masa bulan nie rasanya doktor sibuk , jadi dia pun tak sempat sembang apa , oh ya btw adik aku dah pakai braces juga so setiap kali appointment aku pergi dengan adik aku n kawan yang aku kerap sekali pi appointment tu btw kawan yang aku pergi sekali tu kawan adik aku , bukan kawan sebaya aku . Tapi kami dah rapat , kenal pun dah lama . So kira kawan sekali lah kan . Meriah sikit lah bila pi appointment sebab pergi beramai ramai kan haha . 

Sejak doktor dah ada klinik sendiri nie , bilik rawatan tu boleh peneman kita masuk sekali , so bila salah sorang nama kami di panggil semua ikut harung masuk dalam bilik rawatan haha , dah tak ada tunggu dekat luar , so senang ,doc selesai rawatan dekat salah sorang dari kami , yang lain pula terus bangun pergi dekat doktor , bilik rawatan pun luas,disediakan kerusi panjang lagi , muat lah kami nak berhimpit duduk dekat kerusi panjang tu. Sambil doktor buat rawatan tu dia pun duk bersembang dengan kami semua haha . 

After treatment cam biasa lah , rasa ketat sikit . Tapi skjup je , nak makan senang lagi lah berbanding dulu maybe sebab gigi aku dah tak ada gerakkan ke apa kan , just pasang tu untuk firmkan kedudukan je . 

Bulan December tu aku pilih rubber band warna dark purple lagi cuma warna dark purple kali nie lagi cantik dari dulu dan lagi dark . Tak banyak pilihan warna sangat so banyak repeat lebih kurang warna sama je macam before nie . Dark purple kali nie tak cepat tukar warna , dah hujung hujung time nak dekat date appointment bulan baru pun warna dia still nampak purple lagi walaupun ada lah nampak fade sikit dari awal pakai but still tak nampak perubahan ketara macam before nie . Rasanya itu je kot pengalaman nak share bulan December . 

Oh ya btw bulan JANUARI 2022 aku skip 1 month appointment sebab my mom masuk hospital dekat Kedah,so aku banyak ulang alik ke Kedah jadinya kena miss appointment yang date sepatutnya aku pergi.Untuk bulan 1 tak ada any update tapi macam aku kata lah , warna braket aku still tak fade sangat, warna dia still okay just fade sikit je . itu je . Sampai sini je update pasal appointment bulan oct sampai bulan 1 2022 . 


11.07pm | Ahad | 3 APRIL 2022 1st ramadhan



Comments

Popular posts from this blog

STILL WEARING POWER CHAIN DI BULAN ke 9 DAN 10 :)

BULAN KEDUA PART 2 | BRACKET TERCABUT!

BRACES ? NAK BUAT ATAU TAK ?