MY EXPERIENCE & PROCES WEARING BRACES !



Hyeee .. Hari ni baru ada mood nak share pengalaman aku masa hari pertama pakai braces πŸ˜ .Banyak benda aku nak cerita dekat sini . Sehari sebelum appointment ,malam tu aku tak boleh tidur sebab nervous sangat nak menanti hari esok, macam macam fikir.Aku dapat tidur 4 jam je πŸ˜… . Bangun pagi rasa nervous ada , excited pun ada . 

Entri kali nie aku cuma nak share cara proses pakai braces dan pengalaman sebelum dan selepas pakai braces je dulu . Sakit atau tak ? makan apa lepas pakai braces semua tu aku akan cerita dekat entri lain. (Please take noted apa aku share dekat sini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri dan cara pemakaian braces mengikut proses dan prodesur klinik aku pergi nie sahaja, lain klinik maybe ada perbezaan sedikit. 

Hari appointment (isnin lepas) tersampai lewat sikit dekat klinik, lewat 10 minit. Masa tu dentist dah ada patient lain , so timing appointment dah lari sikit . Appointment 11.30 pm delay sampai 12.40pm ke 12.45pm tak silap , pukul 12.40/12.45 pm tu aku dipanggil masuk ke dalam bilik surgery.Masa masuk tu perasaan excited lebih dari perasaan nervous (tiber je rasa excited haha) . 


Dentist suruh duduk dekat kerusi dan dia tangkap gambar satu muka senyum tak nampak gigi, satu lagi gambar muka senyum nampak gigi . Lepas tu dentist suruh duduk menghadap ke kiri dan ke kanan dengan gaya senyuman yang sama ( dia nak rekod gambar dari sudut pandangan depan , kiri dan kanan ) 


Habis je sesi bergambar , sesi buat moulding pula, moulding fungsinya untuk dapatkan bentuk gigi patient sebelum pakai braces , dentist tekap gigi guna acuan khas (tekstur macam playdoh tapi soft lagi) . Dentist letak acuan tu dalam bekas khas pastu dia masukkan dalam mulut. Gambar macam dekat bawah nie .


sumber gambar dari google

Masa nak buat moulding tu dentist pakaikan cheek retractor. Macam gambar di atas patient tu tak pakai , tapi dentist aku pakaikan .  Macam mana cheek retractor ?  gambar dekat bawah nie .


sumber gambar dari google



Sebelum nak buat moulding tu aku tanya "kalau nak muntah macam mana? " Ada yang kata time buat moulding tu akan rasa loya . Pastu dentist ajar , kalau rasa loya masukkan ibu jari dalam gengaman dan gengam kedua dua blah tangan sekuat hati , kaki pula kena relaks dan gerak gerakkan jari kaki . Masa dentist masukkan acuan dekat gigi bawah aku rasa okey je , tak rasa loya , masa nak masukkan acuan dekat gigi blah atas tu dentist cakap “biasa blah atas nie akan rasa loya sikit” aku pun apa lagi dah ready lah nak ikut tips dentist tadi kalau ada rasa loya kan tapi Alhamdulillah tak ada rasa apa pun . haha . Ada juga aku baca story, bila acuan tu dah mengeras (Oh ya acuan tu dentist akan biarkan lama sikit dalam mulut patient,bagi acuan tu mengeras dulu, baru tarik keluar ) bila dentist tarik acuan tu patient kata dia rasa sakit , rasa macam gigi semua tertanggal / tertarik sekali dengan acuan gigi tu . Itu pun buat aku nervous juga, tapi untuk pengalaman aku,aku tak ada rasa apa pun . Tak rasa sakit tak rasa loya atau apa . Semua went well and no pain ! syukur πŸ˜Š


Selepas selesai sesi moulding tu , dentis suruh aku kumur dan dia suruh pilih terus warna rubber band . Aku pilih biru , nanti aku share di next entri kenapa aku pilih warna biru πŸ˜ . Lepas selesai pilih warna rubber band,dentist terus polish dan scaling gigi ( aku baru scaling last month so timing scaling tu skjup je tak lama macam last month aku scaling , aku ada share pengalaman aku scaling di previous entry,boleh tekan link nie untuk baca ( https://niesatarmizi.blogspot.com/2020/08/scaling-teeth.html ) lepas selesai polish,scalling semua tu dentis pakaikan semula cheek retractor dan diteruskan dengan proses pemakaian braces,sejujurnya aku tak tahu dah apa dentis buat sebab tak nampak dan tak dapat tanya . Info aku dapat,lepas scaling kebiasaanya dentist akan smoothkan permukaan gigi patient(guna alatan tertentu)lepas tu letak gam dan keringkan (something like that kot) lepas tu letak bracket braces , letak rubber band , last sekali dentis letak wayar dekat setiap bracket dan gunting wayar tu, kemudian siap !Untuk detail lebih lanjut ,tepat ,padat dan jelas boleh google sendiri,dalam proses tu staff dia sentiasa sembur air dekat dalam mulut (sekali sekala staff dia stop sembur air,air tu rasa pahit sikit haha) aku perasan dentist ada pakai satu alat yang bunyinya lebih kurang sama macam bunyi tempat scanner barang dekat kaunter pembayaran haha alat tu dia "teet" kan dekat setiap gigi (if im not mistaken) . Dari awal sampai siap pasang braces jujur aku cakap tak sakit langsung ! masa sebelum nak pasang tu pun aku sajalah tanya "akan dipakaikan bius ke " dentis  kata tak ada bius sebab tak sakit pun masa pasang braces biasanya akan rasa sakit lepas pakai ,kalau patient rasa sakit sangat lepas pakai tu maybe sebab gigi patient bermasalah agak serious atau gusi/gigi patient jenis sensitif. Bab makan pula dentist kata dalam 1 minggu gigi tak boleh nak gigit makanan,rasa macam tak lepas nak mengigit , biasa lepas  1 minggu baru akan okey . So kena makan makanan lembut je. 


Sepanjang proces tu aku tak rasa lama pun , proces  pemasangan braces memang dentist dah maklumkan awal akan mengambil masa selama 1 jam untuk pasang tapi aku rasa skjup je tahu tahu dah siap pasang . Cuma masa dentist tengah buat braces aku , ada patient datang mengadu gigi dia still sakit lepas cabut gigi hari tu . So dentist tinggalkan aku skjup dan buat gigi patient tu dulu . Selesai je proses pakai braces dentist terus terangkan pasal apa yang boleh dimakan dan tak boleh dimakan sepanjang jadi "braces user" . Dia juga inform kalau braket tercabut pemasangan semula braket free je TAPI kalau kerap tercabut klinik caj 1 braket RM 70.00 . Dentis juga pesan sila jaga kebersihan mulut dengan disiplin , dia tak nak masa next appointment dia cek gigi tak bersih. 


Apa yang buat aku terkejut sebab dentist pakaikan aku braces atas bawah!! ikutkan syarat promo pemasangan braces nie dentist akan pakaikan bahagian gigi atas dulu , next month baru gigi bawah ( di entri lepas lepas banyak kali aku sebut pasal pakai braces atas je dulu sekali kena pakai atas bawah pula haha) lagi terkejut bila aku sendiri suka bila dentist pakaikan atas bawah terus πŸ€£Rupanya dentist aku pregnant, due dia bulan 10 nie tapi dia kata end of sept dia dah cuti bersalin . Bulan 10 maybe appointment akan delay atau datang hujang bulan 10 . Dentist ambil cuti bersalin 4 week je. Apa apa dentist kata contact je dia dulu . Jadi sebab tu lah dia pakaikan atas bawah siap siap . Haha . 


Aku tak tahu dentist aku preggy sebab tak nampak langsung perut dia besar,bak kata dentist maybe sebab dia pakai gaun surgery so perut dia tertutup. Harap semuanya dipermudahkan dan dentis aku dapat deliver baby dengan selamat dan baby pun baik dan sihat hendaknya . Aaminnnn... Risau juga kalau dentis aku cuti lama nanti . Dah lah next month kena cabut gigi haha. Alamak nervouss pula fikir kena cabut gigi πŸ˜† 


Di entri lepas aku ada mention mengenai dry lips sepanjang pemasangan braces , yes memang bibir terasa drying tapi masa selesai pemasangan braces dentist lapkan sekeliling mulut dengan kain/tisu/kapas basah (aku tak nampak dia guna apa haha) . So bibir tak too dry sebab dah dilembapkan , tapi aku spare je lip balm . Keluar je bilik sugery aku terus apply lipbalm ( better siapa nak pakai braces tu bawa lah lip balm ) 


Harga total rawatan braces RM 4500.00. Deposit RM 300.00 sahaja (promo price).Deposit termasuk acuan gigi,polish,scaling (ada extra caj if karang gigi tebal).Bulanan bayar RM 200.00 selama 1 tahun 9 bulan. Harga RM 4500.00 tu termasuk acuan gigi,polish , scaling , cabutan dan retainer . Tampalan caj harga lain dan tak ada xray(kena xray di klinik luar) . 


Klinik mana aku buat ? Aku buat dekat klinik pergigian fair park (Ipoh) . Dentis perempuan Melayu . Bagi aku yang dah 3 kali buat rawatan dengan dentist nie ,pendapat aku dentist buat kerja sangat teliti dan lemah lembut je orangnya. Cara dia explain dekat kita pun jelas dan mesra . Kita tanya apa apa soalan dia jawab dengan baik . Bukan jenis jawab sepatah sepatah , dia jawab soalan dan bagi penerangan . Suasana klinik pula jujur aku kata tak ada konsep mewah atau moden , macam bangunan lama tapi bersih dan kemas ! Staff dia sorang perempuan cina dan sorang perempuan melayu . Dua dua baik dan tak sombong , sambut kedatangan kita dengan mesra dan sopan .Masa nak buat pembayaran deposit,staff dia explain pasal terma dan syarat mengenai pembayaran ansuran , t&s pasal bayaran klinik nie aku ada share di entri lepas . Benda yang sama je dia explain , maybe dia just remindkan semula . Lepas tu dia minta sign surat perjanjian mengenai pembayaran dan bagi kad appointment.



"Starter kit braces" klinik bagi free berus gigi dan wax,pain killer klinik tak bagi tapi aku minta, Klinik tak caj bagi free juga . Sorry gambar pain killer tak adaπŸ™πŸ»πŸ˜… . Kalau baca di entri lepas aku ada mention pasal berus gigi ada lekuk di tengah kan ? Nama lainnya di panggil berus gigi ortho/orthodonthic . Staff klinik pun ada inform benda yang sama , next nak tukar berus gigi tak berlekuk/ortho pun tak apa , tapi kena pakai berus gigi jenis extra soft (0.01mm)


Baiklah sampai sini je cerita yang aku nak share dulu , next sharing di entri yang seterusnya ya😊 


20 OGOS 202O

KHAMIS

1.57PM

Comments

Popular posts from this blog

STILL WEARING POWER CHAIN DI BULAN ke 9 DAN 10 :)

BULAN KEDUA PART 2 | BRACKET TERCABUT!

BRACES ? NAK BUAT ATAU TAK ?