Posts

Showing posts from August, 2020

10 DAY AFTER WEARING BRACES

Image
Buat masa nie gigi aku masih belum mampu kunyah dengan baik sepenuhnya , gigi depan pun masih ada lagi terasa pressure, aku cuba juga force semua gigi untuk mengunyah tapi bila paksa, memang sakit lah jawabnya haha. Makanan aku cuba makan goreng pisang , seaweed tapi tak berjaya , haha,gigi depan dah boleh start mengigit tapi cuma food lembut macam bihun, tauhu dan makanan lembut lain . Sekarang nie dawai braces bahagian hujung gigi pula mencucuk sampai ada ulser 😅 but the pain bearable . Rasa mencucuk tu terasa kalau aku berkumur atau makan je . So kena sentiasa letak wax dekat setiap hujung dawai braces  (kiri kanan dan atas bawah) . Struggle makanan tersangkut di celahan braces pula aku tengah cuba nak adapt, memang agak struggle but later will try to manage and adapt . Lepas makan memang aku akan terus flos . Sejak ada water floss nie dah tak guna interdental brush . Water floss is a life savior for user braces , jimat masa. Period !           ...

7 DAY MEAL AFTER PUT BRACES ON

Image
                         Boleh dapatkan di Tesco. Eh promote pula 😅  Hari nie hari ke 8 berbraces dan hari nie juga dah boleh makan nasi!! Yeayyy . Setiap pagi bila bangun tidur aku akan try ketakkan gigi belakang ,kalau masih terasa ngilu dan terasa kuat pressure faham lah gigi masih tak boleh mengunyah makanan lagi,bangun pagi tadi cuba ketakkan gigi belakang lepas tu dah rasa kurang ngilu dan pressure so tadi cuba lah makan nasi . Alhamdulillah dah lepas nak mengigit lauk dan nasi! Aku makan dan mengunyah penuh hati hati risau braket atau wayar tercabut haha tapi batang sayur tak lepas gigit sebab keras 😅.   Yang boleh mengigit mengunyah nie cuma gigi belakang je , gigi depan still tak berfungsi dengan baik lagi, kebiasaanya yang aku tahu fasa nie gigi depan memang take time sikit,kalau nak makan ayam goreng ke burger ke kena cubit isi ayam tu dan potong burger tu kecil kecil,kena kunyah terus guna gigi bela...

BULAN PERTAMA | BRACES ! HOW THE PAIN?

Image
sumber gambar dari google 6 DAYS AFTER WEARING BRACES  ( First month) Hye im backk ! Seriously i just wanna do a short sharing but i think i cant haha.. Before tu aku nak bagi tahu braces ada pelbagai jenis , yang aku pakai nie braces jenis conventional. So here the question and my story 😊   SAKIT TAK LEPAS PAKAI BRACES ?   Ha nie soalan yang orang selalu tertanya tanya kan ? Sakit tak ? Berapa hari sakit ? Kalau ikut pengalaman orang yang aku pernah baca dan dengar , ada yang sakit selepas beberapa jam pemasangan braces, ada yang selepas beberapa hari baru rasa sakit, ada yang sakit selama 3 hari ,seminggu dan sebulan ! Pengalaman aku , lepas beberapa jam pakai braces aku dah start rasa sakit, rasa pressure dekat gusi dan gigi ,kepala rasa sakit berdenyut  TAPI dalam 10 ke 15 minit je , sakit yang berable dan tak perlukan pain killer, lepas sakit tu hilang aku cuma rasa pressure dekat gigi je. Paling kuat rasa pressure dekat bahagian gigi bawah ( maybe sebab gigi b...

COLOUR RUBBER BAND | FIRST MONTH

Image
sumber gambar dari google Today i will story about why im choosing that colour for this month and first time wearing braces. Hagituuu speaking pula kannn. Haha . Aku tak nak cerita lagi pasal the pain after  pakai braces tapi aku nak cerita kenapa aku pilih warna BIRU . Kenapa kena cerita eh ? Perlu ke cerita dekat sini ? Yes of course!  sebab in future nanti just in case aku terlupa warna apa yang aku pakai dan kenapa aku pilih warna biru masa kali pertama pakai braces ? Kalau lupa nanti boleh lah aku baca entri nie semula ,Yahh aku memang cepat lupa. Kemon lah warna rubber band akan ditukar setiap bulan kot selama 21 or 24 or 48 month kot . Ingat sis boleh ingat ke ? Haha . Tapi sejujurnya aku suka warna nie dan rasa comel pula bila pakai braces nie hahahahahahahhahahahaahhahahahaha 😜 Actually tak ada sebab yang penting sangat pun,hujung bulan 8 nie ada 2 kenduri kawan yang aku nak kena attend,masa kedua dua majlis tu aku plan nak pakai baju warna biru,konon nak matchkan wa...

MY EXPERIENCE & PROCES WEARING BRACES !

Image
Hyeee .. Hari ni baru ada mood nak share pengalaman aku  masa hari pertama pakai braces  😁  .Banyak benda aku nak cerita dekat sini .  Sehari sebelum appointment ,malam tu aku tak boleh tidur sebab nervous sangat nak menanti hari esok, macam macam fikir.Aku dapat tidur 4 jam je  😅  . Bangun pagi rasa nervous ada , excited pun ada .  Entri kali nie aku cuma nak share cara proses pakai braces dan pengalaman sebelum dan selepas pakai braces je dulu . Sakit atau tak ? makan apa lepas pakai braces semua tu aku akan cerita dekat entri lain. (Please take noted apa aku share dekat sini adalah berdasarkan   pengalaman aku sendiri dan cara pemakaian braces mengikut proses dan prodesur klinik aku pergi nie sahaja, lain klinik maybe ada perbezaan sedikit.  Hari appointment (isnin lepas) tersampai lewat sikit dekat klinik, lewat 10 minit. Masa tu dentist dah ada patient lain , so timing appointment dah lari sikit . Appointment 11.30 pm delay sampai 12.4...

FIRST TIME SCALING, SAKIT?!

Image
sumber gambar dari google   Hari nie tak nak cerita lagi pengalaman"hari pertama" pakai braces.Sebab banyak sangat benda aku nak share, tengah cari mood nak menaip panjang lebar .Sekarang nie aku nak share "Pengalaman aku scaling gigi" .  Ramai lagi yang takut nak scaling gigi selain dari takut sakit,harganya yang agak mahal buat ramai orang tak nak buat scalling, sebenarnyakan ada je klinik gigi tawarkan harga murah . Kena rajin cari dan tanya beberapa klinik gigi . Klinik aku pergi nie agak mahal but still harga mampu milik,Klinik aku pergi tu caj scaling RM 80.00-RM 150.00 , aku kena caj RM 110.00,ada satu klinik paling murah yang aku tahu,dia tawarkan harga scalling serendah RM 60.00 - RM 100 ke 110.00 around that price lah, bayar ikut pada bertapa tebal karang gigi anda.  Kenapa kena scalling ? Untuk nak buang plak/karang gigi yang menebal di gigi akibat sisa makanan yang tak dibuang secara betul dan tidak dicuci sebersih bersihnya . Sebab tu lah lepas gosok g...

PEMILIHAN WARNA RUBBER BAND (BRACES)

Image
  sumber gambar dari google   DARK COLOUR (for look white) Black Maroon (recomended) Dark blue  Dark purple Or any dark colour COLOUR FRESH (for look fresh & clean) Turqoise  Royal Blue Dark blue Teal (recommended) (warna hijau biru) COLOUR TO AVOID ( buat gigi nampak kotor dan nampak tak bersih) Kuning Hijau neon  Hijau daun Oren  Coklat **Grey **Putih  **Soft pink  **Baby blue or pastel colour  ** RUBBER BAND cepat kotor dan bertukar warna  sumber gambar dari google Aku tengah fikir warna apa aku nak pakai esok sebenarnya so saja lah aku tengok video "Syaza kifl"semula so itulah diantara warna yang disuggestkan untuk dipakai dan untuk JANGAN dipakai . Btw ini untuk pemilihan rubber band braces, untuk power chain disarankan better ambil warna black sahaja kalau nak selamat sebab power chain warnanya lagi menyerlah , ada yang ambil warna dark pun rubber power chain cepat berubah warna . huhu. Okey sampai sini sahaja entry buat hari n...

EARLY STARTER KIT FOR BRACES USER

Image
      Bukan nisa lah kalau bukan warna purple kan haha Selamat tengahari semuaaaa . Esok kita dah berbraces , makin nervous pula . Mampu ke tidur lena malam esok ? boleh ke nak buka mulut untuk makan esok hehe . Walapun belum pakai braces tapi apalah salahnya "sediakan payung sebelum hujan" .Aku dah beli siap siap dah starter kit untuk braces . Ubat gigi , berus gigi semua kena tukar baru . Tak adalah nanti bila dah berbraces baru sibuk nak cari kan , boleh terus guna je. BERUS GIGI :- Kenapa kena tukar baru ?Bila berbraces berus gigi disarankan pakai yang jenis soft ,size 0.01mm dan ada lekuk di tengahnya . Tapi sebenarnya orang yang tak pakai braces pun digalakkan pakai berus gigi jenis soft dan size 0.01mm untuk cucian lebih mendalam dan berus dapat capai di setiap celahan gigi . Ini dentist yang bagi tahu, Kebetulan selama nie memang guna berus gigi jenis soft dan size berusnya 0.01mm .Bila berbraces nie aku nak try guna brand colgate, biasa guna oral B. Kenapa pilih ...

APPOINTMENT WITH DENTIS . CANCEL ?

Image
HYEE HOLAAAAA ..   Sumber gambar dari google  Hye im back again!! Sepatutnya this week aku buat braces , tapi appointment braces nie aku nak pergi buat sekali dengan kawan dan kebetulan this week dia sibuk , jadinya kami postpone appointment ke next week ( ISNIN 17hb 8 2020 , 11.30AM )  lagi 2 hari je lagi tinggal untuk berbraces , huwaaa excited ada , nervous pun ada . Aku ada baca katanya time nak buat molding tu , nak tekap acuan untuk dapat bentuk gigi tu rasa mual sikit dan ada yang sampai termuntah . Aku risau juga kalau aku terbuwekk haha .Sumber yang aku dapat bibir akan jadi drying sangat sepanjang tempoh sesi pemasangan braces , so kena stand by lipbalm . Bila fikir balik lagi berapa hari je nak rasa selesa macam nie , lepas nie tutup mulut pun dah tak selesa (sementara waktu) , belum tambah kalau ada pelat sebutan lagi (walaupun tu sementara je but ada ye yang kekal pelatnya haha )  So mulai sekarang mental kena kuat , segala kitidakselesaan selepas ini ha...

THIS WEEK WILL WEARING BRACES ?

Image
sumber gambar dari google  Nervous!!!!!!                           Kalau tak ada perubahan this week aku akan pakai braces, tetiba nervous pula .  Berbelah bahagi juga nak pakai atau tak (pula dahhh ) haha sebab fikir lepas nie akan ada perubahan mendadak , kesakitan pula tak tahu pula macam mana sakitnya kan ,paling stress fikir tak boleh dah nak makan macam macam hahaha. Sebab aku suka makan kekacang , kerepek, buah buahan fav pun banyak juga tak boleh makan macam apple,lai dan lain lain . coklat bar pun sama , biskut keras. Banyak juga sebenarnya pantang larang berbraces nie , ada je orang makan juga tapi sebab makanan nie semua tak baik untuk besi braces so kena lah jaga makan kalau tak nak kerap ke klinik . Kalau ke klinik comfirm doc akan caj harga lain . haha . Semua list tu aku dapat dari google . Banyak juga info aku dapat dari blogger lain dan youtubers . Bila fikir balik bab makanan tu tak apa lah , bi...

PERSOALAN MENGENAI BRACES ?

Image
Hyee im back! Actually aku baru tahu yang tulis blog melalui phone nie tak boleh attach gambar ? Oo No! Baru excited nanti nak upload gambar bila dah berbraces huhu . Ke sebenarnya boleh ? Tapi aku je tak tahu caranya ? Hmm . Malas lah nak godek godek blog nie haha .  Berbalik dengan topik dan persoalan aku mengenai braces tempoh hari , hari nie aku akan bagi jawapan dari doktor (should i call doctor or dentist ? ) RETAINER  :- Mengenai retainer, kes aku tak memerlukan pemakaian fix retainer (selepas habis tempoh pemakaian braces) . Cukup dengan hanya pemakaian retainer 24jam selama 6 bulan . Selepas tempoh 6 bulan tu aku dibolehkan untuk tak pakai retainer, tapi aku diberi pilihan sama ada nak pakai retainer seumur hidup hanya masa nak tidur sahaja atau nak buang gigi bongsu belakang untuk tak perlu pakai retainer seumur hidup. Gigi bongsu aku senget doktor kata , nak buang boleh tak buang pun boleh . Gigi bongsu disarankan buang sebab dia akan gerakkan gigi aku semula bila d...